Takkan kut dia tak terfikir status wahatsapp dia ni akan bocor. Tara whatsapp pimpinan 'Parti Islam' pun boleh bocor inikan pulak skandal habuan perempuan 'WhatsApp Solidariti For Anwar' yang 'sekular'.
TheMalaysianMirror dalam laporan bertajuk "Transkrip WhatsApp Rafizi dedah wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam kerajaan Selangor" melaporkan:
Satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan. - ThemMlaysianMirror.
Transkrip 'WhatsApp Solidariti For Anwar' tu berbunyi:
Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan "perempuan" bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan). Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat.Aku tak berminat nak 'syarah' pasai skandal 'perempuan sebagai habuan' tu kat sini kali ni. Kalau dah Rafizi berani dedah sampai macam tu aku yakin skandal macam tu memang ujud, besar atau kecil skandal tu dan siapa pelakunya itu cerita lain.
Cakap2 mengenai wang, dan kini perempuan dii, yang menyebabkan orang dalam dan luar bercakap mengenai "dedak".
Kalau saya dah mula lantang ke depan dan di luar, maksudnya saya ada bukti.
Dan saya ada bagi nasihat kpd Kak Zu supaya berhati2 dan sampaikan nasihat saya.
Kerana saya ada had sebelum saya buat expose mengenai parti sendiri.
Saya tidak takut mengenai saudara/i di sini, saya takut dosa.
Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dll. Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak Sdr Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu.
Politik ini dunia semuanya.
Saya takut dosa pahala. Ajal sampai bila2 masa.
Bila arwah Dato' Noriah & Dato' Wan Khairil meninggal - ramai yang nampak pilihanraya kecil. Saya nampak MATI.
Rugilah kita kalau berpolitik ini mendatangkan dosa. Atau melunturkan ketakutan kita kepada dosa.
Yang aku herannya, pasai apa Rafizi dedahkan sekarang, dalam masa tak berapa hari akan berlangsung PRK di Sungai Besar Selangor dan juga di Kuala Kangsar.
Takkan kut dia tak terfikir kesan pendedahan dia ni kepada persepsi pengundi terutama sekali di PRK Sungai Besar.
Takkan kut dia tak belajar dari kesan senario 'whatsapp jentik' oleh Dr. Zuhdi yang cukup panas satu hari dulu. Takkan kut dia tak terfikir status wahatsapp dia ni akan bocor. Tara whatsapp pimpinan 'Parti Islam' pun boleh bocor inikan pulak skandal habuan perempuan 'WhatsApp Solidariti For Anwar' yang 'sekular'.
Takkan kut Rafizi saja dedahkan skandal panas macam ni semata-mata nak alih pandangan masyarakat politikus dari bahang "Warkah Anwar dari penjara" kut.
Sungguh tak logik pasainya ia umpana korek lubang yang terlalu dalam dan besar semata-mata nak tutup lobang yang tak besar mana.
Apa pun, aku yakin ahli politik yang 'hebat' macam Rafizi ni tentu tau malah mungkin memang mengharapkan whatsapp tu bocor dan punya alasan lain sampai dia buat pendedahan panas macam ni masa 'panas' macam ni.
Mungkinkah 'peperangan dalaman' PKR terlalu teruk sekarang ni sampai Rafizi terpaksa bertindak 'BANGANG' sampai macam ni?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis