Baiah letak jawatan wakil rakyat: Husam bersetuju tapi dengan satu syarat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 19, 2016

Baiah letak jawatan wakil rakyat: Husam bersetuju tapi dengan satu syarat

"Rombak undang-undang tu saya akan letak jawatan, takdak masalah. Tapi kalau dia tak rombak saya tunggulah pasal kalau saya letak jawatan saya tak boleh bertanding lawan Dato Taki di parlimen Kota Bharu, itu msalah saya." 

MalaysiaDateline dalam berita bertajuk "Baiah sudah terbatal selepas Pas berubah, kata Husam Musa" melaporkan:
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan baiah yang dibuat oleh beliau dan lain-lain dengan Pas sudah terbatal selepas Pas berubah.

Katanya, Pas sekarang sudah mengkhianati apa yang dahulunya telah dipersetujui.

Husam berkata demikian dalam dialog bersama beliau di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur malam ini. - MalaysiaDateline.
Sebelum tu Harakahdaily dalam berita bertajuk "Dipecat parti pun terikat baiah, sumpah" melaporkan:
Bukan sekadar melompat parti, sebaliknya seseorang wakil rakyat juga perlu meletak jawatan apabila dipecat keahlian seperti diikrar dalam baiah.

Ia terkandung dalam baiah dan sumpah antara lain menyebut, “bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi watallahi untuk meletak jawatan dari menjadi Adun/anggota parlimen apabila saya keluar atau dipecat dari parti”.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan berdasar baiah yang ditandatangani wakil rakyat mereka perlu meletak jawatan selepas menyertai parti lain.

“Mana-mana ahli PAS yang memenangi kerusi Dun dan Dewan Rakyat atas tiket PAS tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan berdasar baiah yang ditandatangani,” katanya. - Hrkh.
Dalam dialog tu Hj Husam juga menyebut:
"Saya cadang Dato Taki bawak bill persendiriaan dalam parlimen untuk rombak semula undang-undang yang mengatakan Adun atau Ahli Parlimen yang letak jawatan tidak boleh bertanding, rombak tu dulu."

Kenapa saya suruh dia bawa private members bill ni, kerana dalam akta 355 Dato Taki boleh suruh presiden pas bawa private members bill yang sekarang tergantung-gantung. Jadi yang ni pun dia boleh bawa private members bill."

"Rombak undang-undang tu saya akan letak jawatan, takdak masalah."

"Tapi kalau dia tak rombak saya tunggulah pasal kalau saya letak jawatan saya tak boleh bertanding lawan Dato Taki di parlimen Kota Bharu, itu msalah saya."
mStar ada melaporkan:
Wakil rakyat yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya bagi satu tempoh selama lima tahun daripada tarikh mereka berbuat demikian, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan egeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima tahun. - mStar.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...