Dr. Zuhdi ni dah kena pecat dan dah jadi cybertroopers ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 18, 2014

Dr. Zuhdi ni dah kena pecat dan dah jadi cybertroopers ka?

Ada kemungkinan jugak Dr. Zuhdi ni dia dah dipecat pasai apa yang dia tulis dalam whatsapp AJK PAS Pusat yang bocor tu dan aksi dia mempertahankan diri lepas tu memang menyusahkan PAS.

Dr.Zuhdi update status facebook dia:
Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan 2 pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP. Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itupun tak boleh buat? - Faccebook
Aku heran sungguh la tengok aksi Dr. Zuhdi ni, tak faham aku apa masalah dia sebenarnya ni. Aku cukup mel;uat la dengan orang yang tak sedaq diri ni.

Kalau betul pun benci sangat kat Anwar Ibrahim dan PKR tak perlu la kut nak tunjuk sampai macam tu sekali. Tak kena sangat kut sampai pi kata kat AJK PAS Pusat sebagai ayam sabung dan ayam daging.

Yang pertamanya aksi tu kena ikut standard la, tak berapa nak sesuai kut ada title Dr. tapi beraksi tak cerdik macam tu. Biar la nampak ilmiah dan educated sikit kalau nak beraksi pun.

Yang keduanya bertambah-tambah tak sesuai dengan jawatan dia sebagai Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS. Langsung tak kena, sebagai ketua operasi penyelidik di jabatan yang duduk di bawah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tiba-tiba boleh keluarkan status macam tu.

Kalau dah tak tahan sangat, nak jugak belasah mesyuarat AJK PAS Pusat tak payah la guna nama sendiri kut. Guna anynomous pun sampai jugak mesej tu kalau kena cara dan kaedahnya.

Kalau nak jadi cybertroopers sangat letak jawatan la sebagai Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS tu. Tolong la jangan malukan PAS dengan aksi bangang sampai macam tu.

Macam tu jugak dengan pemimpin PAS yang lain terutama pemimpin di peringkat pusat dan negeri. Tolong la cerdik sikit kalau nak keluarkan kenyataan ataupun update status dalam media sosial.

Dengan krisis MB Selangor ni pun dah cukup banyak Umno BN dapat peluru free, tolong la jangan tambah lagi masalah untuk PAS dan Pakatan Rakyat.

BTW, ataupun, mungkinkah Dr. Zuhdi ni dah kena pecat dari jawatan dia tu?

Ada kemungkinan jugak Dr. Zuhdi ni dia dah dipecat pasai apa yang dia tulis dalam whatsapp AJK PAS Pusat yang bocor tu dan aksi dia mempertahankan diri lepas tu memang menyusahkan PAS dan pada aku memang boleh dijadikan alasan untuk dia dipecat dari jawatan dia tu.

Takdak punca pun yang dia boleh bocorkan rahsia ada pemimpin PAS pi jumpa Tengku Razaleigh tawarkan jawatan PM kalau Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan Umno BN dalam PRU13 lepas.

Lagipun jawatan dia tu jawatan lantikan yang takdak pun perinciannya dalam perlembagaan, jadinya takdak masalah kut kalau nak pecat buta-buta pun.

=

Nota kaki makan cekam:  Apa pun harap-harap lepas ni takdak la keluar statement kata facebook dia kena hack pulak sudah la... Hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...