Amanah masih jugak nak buat kerja BANGANG berunding dengan PAS dan Azmin lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 19, 2016

Amanah masih jugak nak buat kerja BANGANG berunding dengan PAS dan Azmin lagi?

Apa pun, aku harap Amanah hentikanlah kerja buang masa berunding untuk PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar ni. Amanah bukan saja kena hentikan buat kerja 'BANGANG' berunding dengan PAS tapi juga kena bertegas dengan Azmin.

Sinarharian dalam berita bertajuk "PRK: Pintu rundingan ditutup, Pas hantar calon" melaporkan:
Pas menyifatkan sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti Islam itu memutuskan untuk bertanding.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, Abdul Hadi hanya menjawab, "tunggu dan lihat." - Sinarharian.
Melalui Pakatan Harapan Perak sebelum ni Amanah Perak tawarkan kepada PAS untuk masing-masing bertanding satu kerusi antara PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar,

DAP Perak pulak kelmarin nampak macam dah terlebih sudu dari kuah bila cuba nak tekan PAS macam berita Malaysiakini bertajuk "'PAS, jangan degil, terima tawaran di Kuala Kangsar'" yang melaporkan:
DAP Perak menggesa PAS supaya tidak berdegil dan menerima tawaran Pakatan Harapan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar sebagai pertukaran untuk melepaskan kerusi di Sungai Besar dan membiarkan AMANAH bertanding di situ.

Ketua DAP Perak Nga Kor Ming berkata, ini adalah demi kepentingan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Umno di kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun. - Mkini.
Malaysiakini pulak dalam berita bertajuk "Sg Besar: Azmin masih runding dengan PAS, AMANAH" melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih cuba untuk berunding untuk merealisasikan usaha menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.

Beliau berkata, pihaknya masih berbincang dengan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP untuk mencapai tujuan tersebut. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Beliau turut melahirkan keyakinan memuktamadkan rundingan tersebut sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun ini. - Ibid.
Lebih hebat lagi Malaysiakini pada 12 Mei dalam berita bertajuk "Azmin akan berunding dengan PAS 'sampai kiamat'" melaporkan:
Diasak pemberita, Azmin berkata perbincangan itu sentiasa berlaku, sambil menyebut kehadiran wakil PAS dalam acara kerajaan negeri di Sabak Bernam hari ini.

Ditanya lagi sampai bila rundingan itu akan berlangsung, beliau menjawab ringkas.

“Sampai kiamat.” - Mkini.
Apa pun, aku harap Amanah hentikanlah kerja buang masa berunding untuk PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar ni. Amanah bukan saja kena hentikan buat kerja 'BANGANG' berunding dengan PAS tapi juga kena bertegas dengan Azmin.

Amanah patut bertegas dengan 'prinsip konvensional' macam yang Dr. Mujahid sebut kepada webportal FreeMalaysiaToday.
“Secara prinsipnya, AMANAH akan ada di mana-mana kerusi yang ditandingi PAS. Saya menjangkakan kita akan buat keputusan dan PH akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Mujahid turut memberi contoh situasi yang berlaku di Pulau Pinang apabila PH mula bertapak di negeri berkenaan.

“Contohnya di Pulau Pinang, apabila Pakatan Harapan ditubuhkan, semua kerusi yang dimiliki PAS sudah diambil alih oleh AMANAH dan itulah prinsip konvensional yang kita fahami,” katanya lagi. - FMT.
Lebih penting lagi Amanah kena pastikan Pakatan Harapan dilihat bergerak sebagai satu pasukan dengan satu suara untuk meyakinkan pengundi yang Pakatan Harapan benar-benar boleh diharap untuk menggantikan Bariasan Nasional.;

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...