Kalau macam tu gayanya, 'firman' Anwar melalui 'Warkah Anwar dari penjara' tu takkan mengubah apa-apa, selain jadi peluru untuk Umno BN guna menghentam dan memburukkan Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tajaan Dr. Mahathir tu.
Sinarharian dalam berita bertajuk "Deklarasi Rakyat: DAP tidak hirau amaran Anwar" melaporkan:
DAP hari ini menyatakan ketegasan untuk tetap bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus menyokong Deklarasi Rakyat meskipun selepas diberi peringatan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Publisiti Kebangsaannya, Tony Pua berkata, kebimbangan Anwar itu perkara biasa.
"Itu reaksi biasa. DAP akan tetap sokong Deklarasi Rakyat tapi kita akan buat perubahan sedikit sesuai dengan perjuangan DAP.
"(Tapi) kami juga takut dipergunakan Tun Mahathir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini. - Sinarharian.
Nampaknya bukan 'Kartel Azmin' saja yang menolak amaran 'Warkah Anwar dari penjara' tu. DAP nampaknya cukup tegas dengan pendirian akan terus sokong Deklarasi Rakyat yang diterajui Dr. Mahathir.
Di pihak 'Katel Azmin' pulak, selepas sebelum ni menafikan keujudan surat Anwar tu, semalam Shamsul Iskandar mengakui kesahihan 'Warkah Anwar dari penjara' tu tapi tetap mempertahankan tindakan Azmin yang mengetuai pemimpin PKR yang sokong Deklarasi Rakyat dan tetap akan bersama Dr. Mahathir.
Malaysiakini dalam berita bertajik "Shamsul: Waspada Anwar bukan henti kerja dengan Mahathir" melaporkan:
Ingatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti itu berwaspada dan tidak terpedaya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermakna kerjasama antara kedua-dua pihak perlu dihentikan, kata naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.Aku yakin, bukan setakat DAP dan 'Kartel Azmin' dari PKR saja, malah Amanah pun aku yakin akan terus sokong dan bersama 'menjayakan' Deklarasi Rakyat dibelakang Dr. Mahathir walaupun setakat ni aku belum jumpa komen pimpinan Amanah berkenaan 'Warkah Anwar dari penjara' tu.
“Berwaspada bagi saya suatu perkataan yang positif misalnya kita diminta berwaspada (apabila berada) di jalan raya, takkan tak nak guna jalan raya.
"Logik yang sama berlaku di sini," katanya yang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Katil kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, PKR bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi melawan kerajaan, dan ini termasuk dengan Mahathir. - Mkini.
Setakat semalam Amanah masih terlibat menganjurkan ceramah Gerakan Selamatkan Malaysia yang terus mengumpul tandatangan Deklarasi Rakyat tu.
Lebih menarik lagi, aku yakin Hj Husam yang baru dipecat dari PAS pun aku yakin akan terus sokong Deklarasi Rakyat yang diketuai Dr. Mahathir tu.
Keyakinan aku berdasarkan berita MalaysiaDateline pada 14 Mei yang melaporkan komen Hj Husam berkenaan Gerakan Selamatkan Malaysia:
Berkenaan kempen turunkan Najib melalui gerakan Selamatkan Malaysia, beliau yakin sokongan besar akan diberi oleh rakyat.Malah, Dr. Wan Azizah sendiri cuma setakat suruh "Pemimpin pembangkang waspada agenda Mahathir" selain ambil pendekatan anggap 'Warkah Anwar dari penjara' masalah dalaman' PKR.
"Sekarang dah dapat 1.27 juta tandatangan dan kita akan serah kepada Yang Dipertuan Agong dan selepas ini kita akan menggerakkan banyak lagi usaha sehingga gerakan ini menjadi kenyataan," katanya. - MalaysiaDateline.
Kalau macam tu gayanya, 'firman' Anwar melalui 'Warkah Anwar dari penjara' tu takkan mengubah apa-apa, selain jadi peluru untuk Umno BN guna menghentam dan memburukkan Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tajaan Dr. Mahathir tu untuk memastikan kedudukan Najib Razak terus tidak tergugat.
Apa pun, setakat ni Azmin masih membisu tak komen apa-apa berkaitan 'Warkah Anwar dari penjara' tu walaupun sangat jelas nampak warkah tu Anwar tala lebih ke Azmin,
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis