Kerajaan akhirnya dedahkan teks penuh TPPA (embed & link download) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 05, 2015

Kerajaan akhirnya dedahkan teks penuh TPPA (embed & link download)

Bagi yang teringin nak tengok acamana rupa teks TPPA tu kat bawah ni embed text dalam bentuk PDF tu, yang nak download boleh klik link.

Malaysiakini melaporkan:
Teks penuh Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya didedahkan setelah rundingan bertahun-tahun lamanya.

Perjanjian yang mempunyai 30 bab, beberapa ratus muka surat termasuk lampiran, jadual dan sebagainya boleh dimuat-turun daripada laman web Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand.

"Semakan undang-undang akan terus dilakukan ke atas teks perjanjian ini," kata Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand.

Pautan kepada laman web New Zealand ini diberikan di laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di www.miti.gov.my hari ini. - Mkini.
Aku memang tak tak berapa nak reti bab ni, yang pertama sekali menatang ni bab ekonomi, yang kedua asuk jugak bab undang-undang ditambah pulak dengan menatang ni dalam english, kalau dalam bahasa melayu lorat utara pun belum tentu aku boleh faham.

Dan masalah yang paling besar sekali perjanjian 30 bab tu teks PDFnya 599 muka surat, memang kompom la kut aku malas nak mentalaah. Tunggu orang macam Dr. Dzulkifli atau Tony Pua ataupun Rafizi tolong terangkan saja la kut.

Apa pun, bagi yang teringin nak tengok acamana rupa teks TPPA tu kat bawah ni embed text dalam bentuk PDF tu.

Untuk yang nak download sila klik di sini
Untuk download versi ikut chapter sila klik di sini. (PDF in zip)
(Please wait and click skip ad)



Kat bawah ni pulak, text "SUMMARY OF THE TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT" oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)



Untuk download boleh klik di sini.
(Please wait and click skip ad)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...