Undi tolak bajet: Mahfuz sanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 09, 2015

Undi tolak bajet: Mahfuz sanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS.

Nasib baik la ada Ahli Parlimen PAS spesis "mempelam harumanis" macam Hj Mahfuz yang tau cerita dan berani membetulkan statement Timbalan Presiden PAS tu.

Malaysiakini melaporkan:
MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.
Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.
"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata belum pun sempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya bajet tersebut, Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999.

"Selepas PRU ke-10, Mesyuarat Pertama Parlimen ke-10 berlangsung pada 20-23 Disember 1999 selama 4 hari.

"Selepas upacara angkat sumpah, suatu peruntukan perbelanjaan untuk 2 bulan pertama tahun 2000 dibentang, dibahas dan diluluskan.

"Bajet baru tahun 2000 hanya dibentangkan pada 25 Februari 2000," katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata tiada masalah untuk pengurusan negara yang berjalan lancar dengan kakitangan kerajaan terus mendapat gaji bulanan seperti biasa sekiranya Bajet 2016 ditolak. - Ibid.
Rupanya memang dah ada kes sebelum ni yang menafikan "government shutdown" disebabkan bajet gagal diluluskan.

Jadinya macam yang aku tulis sebelum ni, takdak sebab untuk PAS takut untuk undi tak sokong Bajet 2016.

Cuma agak memalukan kut bila Timbalan Presuden PAS pun tak sedar benda ni dan takdak pulak dari kalangan pimpinan PAS pusat yang betulkan statement Ust Tuan Ibrahim tu.

Nasib baik la ada Ahli Parlimen PAS spesis "mempelam harumanis" macam Hj Mahfuz yang tau cerita dan berani membetulkan statement Timbalan Presiden PAS tu.

Hj Mahfuz jugakdilaporkan berkata:
"Menolak Bajet 2016 sama dengan Bajet 2000 yang tidak diluluskan kerana parlimen dibubar. Yang membezakan keduanya ialah menolak Bajet 2016 bererti menolak kepimpinan Najib dan anggota kabinet yang ada," katanya. - Ibid.

Maknanya, takdak alasan dah kut untuk PAS tak sokong undi tolak bajet tu.

Tambahan pulak, walaupun sebelum ni Hj Hadi buat ketetapan PAS takkan sokong usul undi tak percaya terhadap Najib tapi PAS dah pun buat u-turn bab tu bila Hj Mustafa Ali, pemimpen veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS pusat buat kenyataan yang Ahli Parlimen PAS akan sokong undi tak percaya ke atas Najib sebagai PM yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang Dr. Wan Azizah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...