Mukhriz Mahathir MB KedahKedah bakal jadi mangsa kedua 1MDB? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 08, 2015

Mukhriz Mahathir MB KedahKedah bakal jadi mangsa kedua 1MDB?

Tak kira la betul dipecat ataupun tidak Mukhriz dipecat dari jawatan MB Kedah, berita ni pada aku adalah signal yang cukup jelas dari kepimpinan Najib kepada semua pemimpin Umno supaya jangan melawan.

Sinarharian melaporkan:
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013.

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini.

Mukhriz bagaimanapun masih menutup mulut dengan tidak mengiakan atau menafikan viral itu dengan menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
“Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat.

“Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti,” katanya kepada media, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Viral yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Edisi Siasat menyebut "Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno". - Ibid.
Kalau macam ni nampak gayanya memang kompom kut Mukriz bakal jadi mangsa pulak selepas sebelum ni Muhyiddin 'dipecat' dari jawatan TPM.

Tak kira la betul dipecat ataupun tidak Mukhriz dipecat dari jawatan MB Kedah, berita ni pada aku adalah signal yang cukup jelas dari kepimpinan Najib kepada semua pemimpin Umno supaya jangan melawan.

Malah bukan takat tak boleh melawan tapi yang macam Mukhriz yang cuma dilihat tak padu sokong Najib pun akan diambil tindakan.

Nampaknya tak cukup dengan pecat Muhyiddin dan amaran keras dari Zahid Hamidi macam yang aku ada ulas sebelum ni, Najib terpaksa ambil tindakan kepada Mukhriz  sebagai amaran keras kepada pemimpin Umno terutama yang nak berjinak dengan kem Muhyiddin dan Dr.  Mahathir.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...