Takkan Mukhriz nak buat UG dengan Adun PAS macam PAS buat kat Selangor kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 09, 2015

Takkan Mukhriz nak buat UG dengan Adun PAS macam PAS buat kat Selangor kut?

Tapi taktau la pulak, kut kalau Mukhriz nak buat UG dengan Adun PAS macam yang PAS buat kat Selangor hari tu, dalam politik ni takdak benda yang musthil.

Malaysiakini melaporkan:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan melepaskan jawatan menteri besar Kedah yang disandangnya sejak 2013 jika rakyat di negeri itu tidak lagi menyokong beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Umno Kedah itu juga berkata bahawa beliau sedia berundur dan menyerahkannya kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat, lapor Sinar Harian hari ini.

"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya seperti dilapor akhbar itu. - Mkini
Nampak bunyi macam Mukhriz Mahathir nak lawan Najib untuk pertahan kerusi MB kedah tu.

Tara mana sangat Mukhriz boleh nak pertahan, tara Muhyiddin Timbalan Presiden pun talerani nak lawan Najib bila dia kena pecat.

Kalau Mukhriz rasa di hebat sangat nak lawan keputusan Najib dengan pengaruh pak dia, dia silap besar. Bukan takat dia kompom akan terpelanting, silap-silap dengan Dr. Mahathir boleh lepas ke dalam macam Anwar Ibrahim.

Bukan payah sangat kalau takat nak sumbat Dr. Mahathir, belambak kes salah laku dia yang Najib boleh korek, tinggal pilih yang mana satu saja.

Tapi taktau la pulak, kut kalau Mukhriz nak buat UG dengan Adun PAS macam yang PAS buat kat Selangor hari tu. Mana tau mungkin Dr. Mahathir boleh pengaruhi Istana Kedah pengaruhi lebih 10 Adun BN.

Lagi pun, sejak dulu lagi ramai yang kata dalam politik ni takdak benda yang musthil, tambah-tambah dalam keadaan politik Malaysia yang cukup bercelaru sekarang ni...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...