Untuk yang rabun politik, mungkin terlepas pandang atau mungkin tak pernah terfikir realiti apa yang sebenarnya berlaku di Selangor terutama masa krisis MB Selangor sebelum ni, kat bawah ni aku embed video ucapan Ir. Khalid Samad.
Malaysiakini melaporkan:
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak" kepada dakwaannya sebelum ini bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Katanya, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.
ADUN Salur itu berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor. - Mkini.
Dalam berita lain sebelum tu Malaysiakini melaporkan:
PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.Untuk yang rabun politik, mungkin terlepas pandang atau mungkin tak pernah terfikir realiti apa yang sebenarnya berlaku di Selangor terutama masa krisis MB Selangor sebelum ni, kat bawah ni aku embed video ucapan Ir. Khalid Samad.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.
Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.
“Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam. - Mkini.
Khalid Samad juga cerita sejarah apa yang berlaku di Selangor selepas PRU2008 yang menyebabkan kerjasama Umno PAS di Selangor masa tu gagal.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis