Apa sebenarnya yang akan jadi kalau Bajet 2016 ditolak (Video penjelasan Saifuddin) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 08, 2015

Apa sebenarnya yang akan jadi kalau Bajet 2016 ditolak (Video penjelasan Saifuddin)

Habih teruk pun Agung akan arahkan Najib letak jawatan dan tentu Agung akan minta Umno BN namakan Perdana Menteri yang baru dan aku yakin Bajet baru masih sempat dibentang dan diluluskan sebelum berakhir tahun 2015.

AstroAwani melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.

Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Dis ini.

Katanya beliau tahu sesiapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.

"Saya tahu Anggota Parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya. - AstroAwani.
Dengan amaran keras dari Zahid Hamidi ni aku langsung tak yakin ada Ahli Parlimen Umno yang berani nak undi tolak Bajet 2016 tu. Malah aku dok rasa pemimpin Umno yang dah dikenakan tindakan macam Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal pun takkan berani undi tolak.

Kalau ada yang berani pun mungkin takat ponteng sidang parlimen masa pengundian tu nak dijalankan, tu pun tentunya dengan alasan tertentu.

Aku cukup setuju dengan pendapat anak Tun Dr. Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri yang kata:
bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pemerintahannya, meletakkan "pelindung" bagi memastikan kedudukan presiden parti dan perdana menteri terjamin, kata bekas pemimpin Umno itu.

Beliau berkata "pelindung" itu termasuk cara bagaimana presiden Umno dipilih, bagaimana pasukan keselamatan negara dilantik dan pindaan terhadap akta kehakiman. - TMI.
Ahli Parlimen Umno takkan berani menentang Najib pasai kalau depa menentang Najib terutama sekali secara terbuka contohnya mengundi tolak Bajet depa yakin depa takkan selamat dari "pelindung" Najib tu.

Yang aku mushkilnya, pasai apa PAS takut sangat nak undi tolak Bajet Najib tu, takkan kut depa dok rasa kalau Ahli Parlimen PAS undi tolak Bajet 2016, Najib takkan dapat majoriti sokong Bajet tu.

Aku sangat yakin selain dari amaran oleh TPM tu, Umno BN ada mekanisma tersendiri untuk pastikan adaundi majoriti untuk luluskan Bajet tu masa pengundian. Lagi pun pembangkang cuma ada 88 suara berbanding BN yang ada 134 suara.

TheMalaysianInsider dua hari lepas melaporkan:
Undi tidak percaya terhadap Bajet 2016 di Dewan Rakyat hanya akan menyusahkan rakyat, kerana sekiranya ia berjaya, ia hanya akan mengakibatkan "government shutdown", kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mempertahankan pendirian parti tidak akan mengundi untuk menolak bajet itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meletak jawatan walaupun sekiranya bajet itu ditolak majoriti ahli Parlimen.

Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia akan mengalami masalah sama seperti "government shutdown" di Amerika Syarikat pada 2013 di mana kakitangan kerajaan ada yang terpaksa mengambil cuti sementara ada terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa mengetahui bila gaji mereka akan dibayar. - TMI.
Aku tak pasti berkenaan kemungkinan "government shutdown" tu tapi aku lebih percaya dengan penerangan yang Saifuddin Nasution buat berkenaan apa yang akan jadi kalau Bajet ditolak macam dalam video di bawah.


Aku yakin habih teruk pun Agung akan arahkan Najib letak jawatan dan tentu Agung akan minta Umno BN namakan Perdana Menteri yang baru. Dan aku yakin Bajet baru masih sempat dibentang dan diluluskan sebelum berakhir tahun 2015 untuk mengelakkan "government shutdown".

Aku tak pasti berkenaan "government shutdown" tu tapi kalau pun parlimen terpaksa dibubarkan dan perlu diadakan Pilihanraya Umum tergempar aku yakin parlimen masih ada kuasa untuk bagi kuasa kepada 'caretaker government ala-Malaysia' untuk bayar gaji kakitangan kerajaan seperti biasa dan lain-lain kuasa yang perlu untuk pastikan "government shutdown" tak berlaku sebelum parlimen dibubarkan.

Takkan benda mudah macam tu pun takdak ahli parlimen Malaysia boleh fikir kalaupun speaker parlimen tak cukup cerdik untuk fikir sampai ke situ.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...