Kerjasama politik PAS dengan Umno untuk PRU14 akan datang mungkin takkan berlaku tapi untuk PAS bekerjasama dengan golongan tertentu dalam Umno atau dalam istilah yang Takiyuddin guna 'individu' dalam Umno adalah sangat-sangat tak mustahil.
AstroAwani melaporkan:
PAS terus mencetuskan spekulasi apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menyatakan parti itu sedang berunding dengan parti lain dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14, PRU14 akan datang.
Malah, Takiyuddin juga enggan mengumumkan parti yang sedang dirunding sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang.
"Tidak semestinya kita tidak ada rakan kongsi. Kita mungkin ada rakan kongsi baru. Siapa? Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu yang akan sertai kita. Itu terbuka untuk spekulasi.
"Masih dalam rundingan. Semestinya daripada parti lain. Baik kami simpan untuk pengumuman seterusnya," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini. - AstroAwani.
Persoalannya siapa rakan kongsi baru PAS tu?
Yang kompomnya tentu bukan DAP dan Amanah. PKR pun bukan kut pasainya PKR dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Harapan kecuali Azmin dan kungcu-kungcunya.
Nak bagi jelas lagi parti mana yang Setiausaha Agung PAS tu maksudkan hangpa kena tengok dengan teliti video kat bawah ni.
Jelas sangat yang Takiyuddin kata PAS takkan bekerjasama politik dengan BN tapi tak pulak dia sebut takkan kerjasama politik dengan Umno.
Sebenarnya aku dah pernah dengar khabar angin Takiyuddin ni giat buat gerakan dalam gelap untuk PAS bekerjasama dengan Umno ni dah lama dan katanya dah banyak kali rundingan dibuat dengan pihak tertentu dalam Umno. Entah betul atau tak khabar angin tu aku masih belum dapat pastikan.
Dan katanya gerakan menyingkirkan 'setandan' pemimpin utama PAS yang progresif masa pemilihan PAS yang lepas pun adalah sebahagian grand design untuk menjayakan kerjasama Umno PAS tu.
Apa pun, Nazri Aziz dah dengan jelas tak setuju kerjasama politik Umno PAS terutama masa pilihanraya umum dan aku yakin pendirian Nazri tu adalah pendirian majoriti besar pemimpin dan ahli Umno.
Apa pun, aku langsung tak yakin kerjasama politik PAS dengan Umno untuk PRU14 akan datang akan berlaku tapi untuk PAS bekerjasama dengan golongan tertentu dalam Umno atau dalam istilah yang Takiyuddin guna 'individu' dalam Umno adalah sangat-sangat tak mustahil.
Untuk rekod, Sinarharian pada 20 Oktober 2015 melaporkan:
Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.
"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan Pas mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.
"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Sinarharian.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis