Mampukah PKR nak singkir Azmin dari kerusi Menteri besar Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 29, 2015

Mampukah PKR nak singkir Azmin dari kerusi Menteri besar Selangor?

Yang akan sokong pun mungkin cuma Adun DAP dan 2 bekas Adun PAS yang dah berhijrah ke parti Amanah dan sorang dua Adun PKR yang setia dengan Presiden parti yang tentunya tak cukup bilangan majoriti mudah ahli Adun Selangor.

TheMalaysianIndisder melaporkan:
Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mendapatkan penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung tindakan beliau yang dikatakan meluluskan pembinaan 3 lebuh raya di negeri itu.

Beliau yang juga presiden PKR itu berkata, akan mendapatkan penjelasan Azmin, juga timbalan presiden parti itu, ketika sesi pembentangan Belanjawan Selangor pada Jumaat.

"Saya akan tanya dengan lebih rapat apa yang sebetulnya berlaku. Jumaat akan ada Belanjawan Selangor.

"Saya akan minta dia jelaskan kepada parti. Saya nak tahu status," kata Dr Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - TMI.
Aku sikit mushkil, pasai apa Presiden PKR terpaksa tunggu Sidang DUN Selangor untuk minta dari Azmin masa sessi Belanjawan Selangor.

Sebagai Presiden parti patutnya Dr. Wan Azizah pada bila-bila masa boleh panggil Azmin ke pejabat presiden untuk bagi penjelasan, tambahan pulak Dr. Wan Azizah kata dia minta jelaskan kepada parti.

Awat hebat sangat ka Azmin tu sampai Presiden parti pun takdak kuasa ke atas Azmin sampai macam tu sekali.

Sebelum ni Sinarharian ada melaporkan:
Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, PKR konsisten tentang pembinaan mana-mana lebuh raya dan sistem bertol itu perlu menepati tiga syarat utama yang dirangka parti itu sejak 2011.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga perlu meluluskan pembinaan lebuh raya berdasarkan tiga syarat, antaranya syarikat konsesi perlu mendedahkan perjanjian konsesi tersebut.

“Syarat kedua ialah penilaian trafik mesti memenuhi peratusan tertentu daripada pengguna sama ada lebuh raya benar-benar memberi manfaat kepada pengguna dan setiap kesesakan.

“Ia juga perlu melihat kesan sosial daripada suasana tol, penilaian sama perlu dilakukan untuk memastikan ia memberi kesan kepada kawasan terlibat,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pernah mematuhi ketiga-tiga syarat tersebut ketika membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) pada Februari lalu.

“Sebagai wakil rasmi parti dan Ahli Parlimen, saya berkeyakinan bahawa pembinaan lebuhraya hanya diluluskan jika memenuhi tiga syarat itu. - Sinarharian.
Kalau tengok kepada respon Rafizi tu nampak cukup jelas yang Azmin memang melakukan kesalahan besar pada PKR.

Sebagai Timbalan Presiden patutnya Azmin yang bersungguh-sungguh pertahankan dasar dan ketetapan parti tapi bila dia sendiri langgar memang sepatutnya PKR ambil tindakan termasuk sampai tahap pecat Azmin macam yang PKR buat kepada Khalid Ibrahim sebelum ni.

Cuma persoalan sekarang ni, mampukah PKR nak ambil tindakan ke atas Azmin? Kalau tengok perkembangan semenjak dua menjak ni nampak macam Azmin sangat-sangat power dalam PKR.

Contohnya tanpa takut Azmin secara terbukan kata Pakatan Harapan tak perlu di Selangor, satu keputusan yang sangat bertentangan dengan persidangan meja bulat yang dipersetujui 3 parti termasuk PKR sendiri.

Apa pun, aku sangat-sangat tak yakin PKR mampu nak singkirkan Azmin dari kerusi MB Selangor dalam keadaan  Adun PKR Selangor hampir semuanya dalam genggaman Azmin. Adun PAS pulak nampak gayanya akan 'solid' sokong Azmin atas alasan menyokong 'pendirian' Presiden PAS.

Yang akan sokong pun mungkin cuma Adun DAP dan 2 bekas Adun PAS yang dah berhijrah ke parti Amanah dan sorang dua Adun PKR yang setia dengan Presiden parti yang tentunya tak cukup bilangan majoriti mudah ahli Adun Selangor.

Takkan kut tiba-tiba Adun Umno nak sokong kut...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...