DAP bertanding kerusi PAS, strategi terbaru DAP dan Amanah di Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 31, 2015

DAP bertanding kerusi PAS, strategi terbaru DAP dan Amanah di Selangor?

Setiausaha PAS Selangor ni lagi mengarut, apa kena mengenanya DAP nak bertanding di kerusi PAS dengan "bukti suara DAP adalah suara parti Amanah". Nampak sangat kenyataan orang tengah gabra kecut perut. 

Semalam cukup kecoh di media sosial bila keluar berita DAP kata bersedia nak bertanding di 8 kerusi Adun PAS di Selangor.

AstroAwani melaporkan:
DAP mengumumkan persiapan untuk meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang kini dipegang oleh wakil PAS.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu sidang media di ibu negara pada Jumaat berkata, lapan kawasan DUN yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Kita akan buat persediaan untuk bertanding di kawasan-kawasan ini. Sama ada kita akan bertanding di kesemua DUN itu atau beberapa daripadanya akan dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan negeri Selangor. - AstroAwani.
Yang aku herannya pasai apa puak-puak parti Geng Ostad yang riuh lebih-lebih.

TheMalaysianInsider melaporkan:
PAS Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin PAS Selangor memutuskan untuk mempertahankan semua 8 kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS. - Bernama.
Yang sibuk nak pertikai pasai apa pulak, dah PAS rasa kuat sangat takmau berkawan dengan DAP tu, apa nak heran pulak kalau nak kena lawan dengan DAP pun.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Sementara itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata PAS negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam PRU itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70% pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi PAS," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras. - Ibid.
Setiausaha PAS Selangor ni lagi mengarut, apa kena mengenanya DAP nak bertanding di kerusi PAS dengan "bukti suara DAP adalah suara parti Amanah". Nampak sangat kenyataan orang tengah gabra kecut perut.

Heran sungguh aku, tak patut sangat kut PAS kecut perut dengan kerusi yang 70% pengundi melayu kalau DAP bertanding pasainya dah tentu la akan ada pertandingan 3 penjuru antara calon PAS, Umno dan DAP. Pengundi Cina hampir kompom kut akan undi calon DAP dan pengundi melayu adan mengundi antara calon PAS atau calon Umno.

Peluang calon PAS nak menang lebih cerah berbanding kalau calon dari Parti Amanah Negara yang bertanding. Pasainya hampir kompom kut pengundi bukan melayu akan undi calon dari parti Amanah. Kalau calon parti Amanah boleh tarik sebahagian besar dari pengundi yang sebelum ni mengundi calon PAS dan Umno memang cerah peluang untuk calon parti Amanah untuk menang.

Tapi yang jelasnya kalau berlaku pertandingan 3 penjuruantara calon PAS dengan Umno dan Amanah hampir pasti kut calon PAS takkan menang.

Lagi satu yang lawaknya, DAP rileks ja masa PAS dengan takbur campur bangang umumkan nak bertanding di kerusi yang DAP menang terutama sekali kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak dan Johor yang kata nak bertanding di semua kerusi Dun di Perak dan Johor.

Masa depa buat kenyataan tu depa memang tak terfikir kut yang DAP pun mampu nak bertanding di kerusi-kerusi yang PAS bertanding.

Apa pun, AstroAwani juga melaporkan:
“Kita akan buat persediaan untuk bertanding di kawasan-kawasan ini. Sama ada kita akan bertanding di kesemua DUN itu atau beberapa daripadanya akan dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan negeri Selangor.

“Ia bergantung kepada rundingan, namun kami akan lakukan persiapan yang sewajarnya untuk bertanding di lapan kerusi tersebut yang kini dipegang oleh wakil PAS,” ujar Tony.

Sebagai langkah pertama, DAP telahpun melantik Naib Pengerusi DAP Bandar Utama Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras bagi DUN Taman Templer, untuk menjalankan langkah-langkah persediaan bagi DAP bertanding di situ. - Ibid.
Dan aku langsung tak terkejut kalau DAP serahkan kerusi lain yang depa menang dalam PRU sebelum ni untuk calon parti Amanah pulak untuk bertanding sebagai 'tukaran' untuk antara 8 kerusi tersebut.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...