Hujjah aku pasai apa Dr. Mujahid tak wajar letak jawatan (video inside) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 15, 2015

Hujjah aku pasai apa Dr. Mujahid tak wajar letak jawatan (video inside)

Kesimpulannya dari ketiga-tiga balasan hujjah tu nampak jelas sangat kut, kemenangan Dr. Mujahid tu lebih kerana Pakatan Rakyat dan sangat tak relevan Dr. mujahid nak letak jawatan semata-mata desakan dari PAS yang tak sedar diuntung.

Kebelakangan ni dalam facebook terutamanya, cukup ramai facebookers penyokong tegar 'Geng Ostad' yang gesa Dr Mujahid letak jawatan. dok komen kata Dr. Mujahid makan duit haram, Dr. Mujahid pembelot bawa pelari kerusi dan sebagainya.

Sebelum aku bagi hujjah balas pasai apa Dr. Mujahid tak sepatutnya letak jawatan, kut ada yang tak dengar lagi hujjah Dr. Mujahid boleh dengar dari mulut dia sendiri dalam sedutan video ceramah dia kat bawah ni.
Dr. Mujahid menjawab gesaan supaya letak jawatan MP Parit Buntar
Sedutan ucapan YB Dr. Mujahid : Kenapa tidak perlu letak jawatan.Jawapan kepada gesaan dari pihak PAS supaya beliau meletak jawatan Ahli Parlimen Parit Buntar.Ceramah Perdana dan Pelancaran Parti Amanah Negara parlimen Parit Buntar pada 10 Oktober 2015Kredit video :GHB MediaTv.
Posted by Parti Amanah Negara Parit Buntar on Wednesday, 14 October 2015
Hasil penelitian aku dengan komen-komen facebookers penyokong tegar 'Geng Ostad' tu dicampur pulak dengan komen 'Ostad PAS' kat kuliah agama di Surau dan Masjid yang aku sendiri dengar dan yang diceritakan oleh kawan-kawan yang pi dengar, ada 3 hujjah yang selalu depa guna pasai apa Dr. Mujahid perlu letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar selepas dia keluar dari PAS.
  1. Dr. Mujahid bertanding atas tiket PAS
  2. Menang hasil gerakerja jentera PAS
  3. Parti PAS membelanjakan dana yang besar untuk pastikan Dr. Mujahid menang.
1. Memang betul Dr. Mujahid bertanding dan menang atas tiket PAS. Tapi harus diingat Dr. Mujahid juga bertanding atas semangat Pakatan Rakyat yang buat keputusan calon PR akan bertanding 1 lawan 1 dengan BN (walaupun akhirnya ada jugak beberapa kerusi yang berlaku 3 pen jurutapi itu isu lain.)

Kalau tanpa semangat setiakawan PR tak mustahil DAP letak calon di Parlimen Parit Buntar dan dari sudut sejarahnya memang DAP pernah bertanding di kerusi Parlimen Parit Buntar. Kalau terjadi pertandingan 3 penjuru masa PRU13 hari tu, besar kemungkinannya calon Umno yang akan menang.

2. Memang betul gerakerja jentera PAS Parit Buntar memang hebat masa PRU13. Tapi jangan buat-buat lupa sumbangan dan penglibatan kami ahli Parti Amanah yang dah tinggalkan PAS termasuk beberapa orang AJK PAS Kawasan yang pegang jawatan yang agak penting dan kritikal dalam jentera pilihanraya di peringkat kawasan, Upu hingga ke peringkat lokaliti.

Selain tu jugak, tak boleh dinafikan gerakerja yang dibuat oleh pihak diluar jentera terutamanya orang persaorangan yang tak berparti yang buat kerja sukarela tolong kempen orang-orang disekeliling depa. Macam tu juga gerakerja jentera PKR dan DAP walaupun tak setara mana tapi tetap bagi sumbangan untuk kemenangan Dr. Mujahid.

Lagi satu, macam hujjah Dr. Mujahid dalam video kat atas tu, gerekerja kempen jentera pipihanraya hampir keseluruhannya berkisar kepada manifesto Pakatan Rakyat dan buku jingga. Hampir takdak kut yang kempen guna isu lain macam HUDUD sebagai contoh.

3. Juga memang tak dapat dinafikan PAS kawasan membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar untuk gerakerja kempen PRU13. Tapi jangan tak sedar diri pulak, wang yang banyak tu sebenarnya selain dari datang dari poket ahli dan penyokong PAS juga datang dari poket penyokong Pakatan Rakyat. 

Aku sangat-sangat yakin sumbangan dari mereka-mereka yang sekarang ni menyokong Pakatan Harapan jauh lebih banyak mengatasi sumbangan dari mereka yang sekarang ni menyokong PAS bergerak sendirian. 

Kesimpulannya dari ketiga-tiga balasan hujjah tu nampak jelas sangat kut, kemenangan Dr. Mujahid tu lebih kerana Pakatan Rakyat dan sangat tak relevan Dr. mujahid nak letak jawatan semata-mata desakan dari PAS yang tak sedar diuntung.



4. Sebagai tambahan suka aku nak mengingatkan yang ahli PAS Parit Buntar yang aktif tak ramai mana pun, aku rasa tak sampai pun 3ribu orang, kalau dicampur dengan yang tak aktif dan penyokong PAS aku rasa tak lebih pun 10ribu orang.

Kalau dilihat keputusan PRU15 sangat-sangat jelas yang memenangkan Dr. Mujahid dalam PRU13 adalah golonga atas pagar terutama sekali dari kalangan orang Cina yang katanya bagi undi lebih 80% kepada Dr. Mujahid.

Untuk PRU14 kalau pun berlaku pertandingan 3 penjuru dan calon Parti Amanah berjaya kekalkan pengundi atas pagar yang Dr. Mujahid dapat masa PRU13 dan berjaya pulak tarik paling kurang 20% undi ahli dan penyokong PAS masa PRU13, kalau guna formula mudah aku takdak masalah kalau takat calon Parti Amanah Negara menang dengan majoriti lebih seribu undi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...