Dan dari segi politik waqi' Parit Buntar, di atas kertasnya Parti Amanah Negara memang nampak jelas lebih mudah untuk dapat sokongan majoriti pengundi Parit Buntar berbanding PAS yang nampak semakin takdak harapan dimata majoriti pengundi.
Alhamdulillah pada Sabtu lepas 10 Oktober dah pun berlangsung Ceramah Perdana dan Pelancaran Parti Amanah Negara Parlimen Parit Buntar yang diadakan di Dataran Amanah Tanjong Piandang,
Walaupun kehadiran tidak macam yang aku harapkan tapi tidak mengecewakan untuk parti baru yang dilabel macam-macam bukan setakat munafik, pemecah belah malah sampai ada yang label "kapiaq'.
Berbalik kepada tajuk posting aku kali ni pasai apa aku tinggalkan PAS. Jawapan mudah dan ringkas aku adalah PAS sudah takdak harapan. Bukan setakat parti politik tapi juga takdak harapan sebagai sebuah gerakan dakwah.
PAS sekarang ni nampak macam nak jadi parti politik untuk ahli dan penyokong PAS saja dan jadi gerakan dakwah untuk ahli dan penyokong PAS saja.
Tindakan PAS terutama sekali Presiden PAS sendiri dan 'dibantu' oleh sekelompok pemimpin PAS yang 'gila jawatan' menjadikan PAS terlalu eksklusif kepada ahli dan penyokong PAS sahaja.
Terutama sekali semenjak isu krisis MB Selangor tindakan PAS semacam nak tutup pintu politik dengan pihak lain, macam nak berperang dengan semua orang.
Keputusan pemilihan muktamar PAS baru ni hasil kempen kotor segelintir pemimpin dan ahli PAS yang berjubah dan berserban lebih memburukkan keadaan bila 'setandan' pemimpin PAS yang selama ni dilihat inklusif disingkirkan.
Hasilnya sekarang ni, PAS kembali dimusuhi oleh majoriti rakyat Malaysia dan yang lebih parah lagi PAS terperangkap dengan konflik rasis yang secara tak langsung 'menutup' pintu dakwah terutama sekali dengan orang Cina dan India yang bukan Islam.
Sumber: Facebook |
Untuk waqi' Parit Buntar setelah pertimbangan teliti dari sudut aulawiyat, aku nampak sangat jelas aulawiyatnya kepada aku untuk bukan saja tinggalkan PAS tapi bersama kawan-kawan menggerakkan Parti Amanah Negara Parlimen Parit Buntar.
Tambahan pulak Parti Amanah Negara dasarnya juga adalah Islam yang tentunya berdasarkan Al-Duran dan hadith malah lebih menarik lagi Amanah menekankan konsep Rahmatan lil Alamin dengan mengutamakan Maqosid Syariah.
Dan dari segi politik waqi' Parit Buntar, di atas kertasnya Parti Amanah Negara memang nampak sangat jelas lebih mudah untuk dapat sokongan majoriti pengundi Parit Buntar berbanding PAS yang nampak semakin takdak harapan di mata majoriti pengundi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis