Pun begitu, bajet kali ni Najib sorok banyak benda, benda yang memang tak berapa nak sesuai nak disembang dengan majoriti penerima BR1M dan jugak majoriti kakitangan kerajaan peringkat rendah yang sampai mampuih takkan percaya Najib sebenarnya cukup teruk.
Yang Najib sorok dalam Bajet 2016 |
Bagi rakyat biasa (baca penyokong tegar Umno BN) bajet kali ni tentu sangat-sangat mengembirakan depa. Tak gembira apanya depa yang majoritinya termasuk dalam 4.7juta rakyat Malaysia yang layak dapat BR1M Najib tambah lagi RM50.
Hangpa toksah kata apa la, sampai mati pun depa akan pertahankan Najib.
Macam tu jugak kakitangan kerajaan terutamanya yang berjawatan rendah tentu seronok bukan kepalang bila gaji depa naik satu gred dan ditambah pulak dengan pemberian khas RM500. Gaji minima pulak Najib naikkan kepada RM1200.
Hangpa cerita la tara mana pun buruknya Najib siap dengan bukti mampuih pun depa takkan percaya.
Pun begitu, Bajet kali ni Najib sorok banyak benda, benda yang memang tak berapa nak sesuai nak disembang dengan majoriti penerima BR1M yang sampai mati depa akan pertahankan Najib dan jugak majoriti kakitangan kerajaan peringkat rendah yang sampai mampuih pun takkan percaya Najib sebenarnya cuukup teruk.
Malaysiakini melaporkan:
Malaysiakini menemui 'berita buruk', dengan meneliti belanjawan yang dibentang kelmarin, berdasarkan kementerian-kementerian yang paling banyak dipotong peruntukannya. - Mkini.
Kementerian Kewangan dilihat paling banyak terjejas daripada belanjawan apabila peruntukannya dipotong daripada RM7 bilion (17.8 peratus) kepada RM32.247 bilion.
Bagaimanapun, dilihat lebih dekat, potongan besar itu dimungkinkan oleh pengurangan subsidi yang dijangka terus menurun sehingga 45 peratus ( RM8.707 bilion ) kepada RM10.633 bilion.
Potongan lain termasuk pengurangan 95 peratus peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta. - Ibid.
Potongan kedua terbanyak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.
Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.
Paling buruk melibatkan Universiti Malaya, diikuti Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang menyaksikan bajetnya masing-masing dipotong sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus. - Ibid.
Sebanyak 60.76 peratus, daripada RM1.659 bilion kepada RM651 juta, belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dipotong.
Ketika program kementerian di seluruh negara dipotong belanjawannya, pengguna mungkin menanggung beban sebenarnya.
Ini kerana, sebuah potongan terbesar daripada RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak tidak diteruskan sepenuhnya bawah bajet 2016.
Skim yang diperkenal pada 2007 itu itu bertujuan menentukan harga siling dan permintaan cukup dalam pasaran dengan memberi pampasan kepada pengeluar.
Justeru, pemansuhan skim itu tahun depan, pengguna mungkin terpaksa membayar lebih untuk harga minyak masak. - Ibid.
Selain tu Malaysiakini juga senaraikan pengurangan bajet untuk
- Kementerian Pengangkutan sebanyak RM0.6billion, kemungkinannya tiada lagi subsidi train dan flight murah.
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebanyak RM0.6billion, kemungkinannya takdak lagi subsidi elektrik.
- Kementerian Pertahanan sebanyak RM0.49billion, kemungkinannya akan banyak lagi pencerobohan negara lepas ni.
- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM0.3billion yang akan menjejaskan pengurusan sisa pepejal.
Dan aku yakin, belum habih tahun depan, Najib akan bentangkan pulak Belanjawan Tambahan untuk tahun 2016, dengan PRN Sarawak nak kena buat tahun depan, kompom tak cukup punya la duit nak kena taboq...
Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis