Kesian pulak aku tengok Ketua Dewan Ulama 'mengelupoq' dengan mainan DAP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 07, 2015

Kesian pulak aku tengok Ketua Dewan Ulama 'mengelupoq' dengan mainan DAP

Takkan la Ketua Dewan Ulama' nak DAP percaya yang Menyuarat AJK PAS Pusat akan tolak usul sebulat suara Dewan Ulama' sedangkan boleh kata semua AJK PAS Pusat tu menang sebab nama depa termasuk dalam 'chai' yang Dewan Ulama terbitkan.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. - TMI.
Juga dilaporkan:
"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.

"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.

"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini.

"Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang di bawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu.- Ibid.
Aku jadi kesian pulak tengok gelagat Ketua Dewan Ulama ni 'mengelupoq'. Nampak macam sangat tak cerdik berpolitik, buat usul macam langsung tak tengok dari sudut persepsi, buat usul macam langsung tak ambil kira kesan dan akibat, buat usul macam depa saja yang pandai, orang lain semua bodoh politik.

Takkan la Ketua Dewan Ulama' nak DAP percaya yang Majlis Syura' akan tolak usul Dewan Ulama' tu, takkan kut Majlis Syura' nak malukan Dewan Ulama' yang ahlinya cukup ramai dilantik jadi ahli Majlis Syura', seolah-olah nak bagitau yang semua perwakilan Dewan UJlama taktau hukum.

Yang lucunya, takkan la Ketua Dewan Ulama' nak DAP percaya yang Menyuarat AJK PAS Pusat akan tolak usul sebulat suara Dewan Ulama' sedangkan boleh kata semua AJK PAS Pusat tu menang sebab nama depa termasuk dalam 'chai' yang Dewan Ulama terbitkan.

Kecuali la kalau Allahyarham TG Nik Aziz masih hidup dan 'geng jebon' tak kalah pemilihan AJK PAS Pusat, memang kompom la usul Dewan Ulama' tu akan ditolak mentah-mentah.

Kira nasib baik sangat la Jawatankuasa Usul tak bagi usul tu dibahas, kalau dibahaskan aku rasa akan lagi terserlah la BANGANG POLITIK Ketua Dewan Ulama PAS ni...


Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 54 yang bersidang pada 3 jun 2015/16 sya'ban 1436 H di KUIZM

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.
2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.
5. Menyedari bahawa DAP secara konsistant dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsistant melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam PR.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.

MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Diterima dgn sebulat suara 644 perwakilan Alim Ulamak jam 6.50 ptg

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...