Timbalan Mursyidul Am patutnya letak jawatan sebagai MB Kelantan juga? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 12, 2015

Timbalan Mursyidul Am patutnya letak jawatan sebagai MB Kelantan juga?

Pada aku sepatutnya Ust Ahmad Yakob turut letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Pasainya atas alasan apa pun dia letak jawatan sebagai Pemangku Ketua Dewan Ulama' tu, alasan tu jugak aku yakin sangat relevan untuk dia letak jawatan dia sebagai Menteri Besar Kelantan.

Semalam aku ada buat posting berkenaan perlantikan Dr. Haron Din sebagai Mursyidul Am yang baru. Turut sama dilantik Ust Ahmad Yaakob menggantikan tempat Dr. Haron Din sebagai Timbalan Mursyidul Am.

Awal dinihari pagi tadi Ustaz Ahmad Yaakob update status facebook yang aku rasa tertarik nak ulas dalam blog aku ni.

Ust Ahmad Yakob dalam status dia tu tak jelaskan alasan pasai apa dia lepaskan jawatan Pemangku Ketua Dewan Ulama tu.

Kalau keputusan tu dia buat atas konsep 'pemisahan kuasa' atau nak elak 'conflict of interest' aku sangat-sangat setuju dan sangat-sangat sokong.

Memang tak berapa nak sesuai pemegang jawatan Timbalan Mursyidul Am, juga pegang jawatan Ketua Dewan Ulama'. Akan ujud kebarangkalian 'pertindihan kepentingan' yang cukup mudah untuk menimbulkan fitnah.

Bahkan pada aku bukan takat Mursyidul Am dan timbalan Mursyidul Am, tapi sepatutnya semua invididu yang menjadi ahli Majlis Syura' sepatutnya tidak pegang apa-apa jawatan lain dalam parti.

Contoh apa yang berlaku dalam PAS sekarang ni cukup jelas. 'Konflik dalaman peringkat tinggi' dalam PAS yang berlaku sekarang ni sepatutnya Majlis Syura' boleh selesaikan dengan tuntas atas kapasiti sebagai entiti paling tinggi dalam parti.

Masalahnya, aku tak nampak Majlis Syura' mampu selesakan kemelut ni sebab ramai dari kalangan Ahli Majlis Syura sendiri terlibat secara langsung dalam konflik dalaman ni, bukan atas kapasiti sebagai ahli Majlis Syura' tapi atas kapasiti jawatan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sendiri atau jawatan lain di peringkat pusat.

Ketetapan, arahan atau larangan yang Majlis Syura' buat pastinya akan mudah dilabel sebagai tidak adil dan memihak oleh pihak yang satu lagi.

Lebih masalah lagi 'peluru' macam ni sangat mudah untuk digunakan oleh 'musuh' PAS untuk lebih menghuru-hara dan memecah-belahkan PAS.

Sebab tu aku sangat setuju kalau ada pihak yang mengusulkan agar perlembagaan PAS dipinda supaya mana-mana ahli PAS yang dilantik sebagai Ahli Majlis Syura' PAS disyaratkan untuk melepaskan apa-apa jawatan lain dalam parti.

Lagi satu, lebih setapak ke hadapan, pada aku sepatutnya Ust Ahmad Yakob turut letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Pasainya atas alasan apa pun dia letak jawatan sebagai Pemangku Ketua Dewan Ulama' tu, alasan tu jugak aku yakin sangat relevan untuk dia letak jawatan dia sebagai Menteri Besar Kelantan.

Apa pun, itu pendapat aku dan apa yang aku nampak, aku cuma gunakan hak aku untuk suarakan pendapat dan pandangan aku atas premis untuk Parti Islam Semalaysia PAS jadi lebih elok dan lebih hebat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...