Merdeka Center patut buat kajian melibatkan pemimpin mac Mat Sabu sama | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 13, 2015

Merdeka Center patut buat kajian melibatkan pemimpin mac Mat Sabu sama

Kalau pun itu realitinya, masalahnya ahli politik Malaysia peduli jugak ka keputusan kaji selidik ni, tambah-tambah yang suruh depa berenti macam kaji selidik ni. Kalau takat keputusan kaji selidik saja takkannya depa nak berenti.


TheMalaysianInsider melaporkan:
Satu daripada dua rakyat Malaysia yang ditanya mengenai kepimpinan masa hadapan mahukan pemimpin veteran daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk berundur dan memberikan laluan kepada golongan muda dalam parti masing-masing.

Dalam satu tinjauan oleh Merdeka Center yang ditaja The Malaysian Insider mendapati, 62.6% daripada 1,008 responden bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti. - TMI.



Juga dilaporkan:
58.3% pengundi Malaysia juga mahukan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meletak jawatan diikuti Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak  (49.7%), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (46.6%) dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (42.5%).

"Sentimen umum adalah kesemua mereka harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda. Hanya penyokong tegar yang mahu personaliti ini kekal," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

"Kebanyakan pengundi muda mahu pemimpin lebih muda kerana pemimpin veteran dikaitkan dengan pertelingkahan dan kritikan dalaman tanpa sebarang penyelesaian," katanya yang memberikan contoh perdebatan isu hudud antara PAS dan DAP.

Tinjauan itu juga menunjukkan Anwar yang reputasinya tercalar akibat sabitan dua kes liwat merupakan paling tidak popular di kalangan orang Melayu dengan 71.2% mahukan beliau berundur dibandingkan responden kaum Cina 50.3% dan India 48.1%.

Lim hanya kurang sedikit popular berbanding Anwar di kalangan responden Melayu dengan 68.7% bersetuju beliau patut berundur berbanding 45.4% responden Cina dan 35.3% responden India. - Ibid.

Kalau pun itu realitinya, masalahnya ahli politik Malaysia peduli jugak ka keputusan kaji selidik ni, tambah-tambah yang suruh depa berenti macam kaji selidik ni.

Kalau takat keputusan kaji selidik saja takkannya depa nak berenti, mustahil kut depa setuju nak bersara.

Kecuali la ada gerakan besar-besaran yang cukup hebat sampai orang sekeliling depa pun dah tak mampu nak depa lagi mungkin kut depa terpaksa bersara.

Satu lagi, aku harap sangat kajian maca yang Merdeka Center buat ni tak berhenti setakat 5 orang ni saja pasainya aku yakin 'pemimpim veteran' lain pun perlu dikaji sama contohnya macam Mat Sabu.

Pasainya aku rasa pemimpin macam Mat Sabu pun patut berenti sama pasai aku nampak 'gas' dia pun macam dah habis. Duduk di kerusi no 2 dalam PAS tapi hampir tak nampak apa yang dia buat bukan nak kata untuk ralyat tapi untuk parti pun tak berapa nak nampak.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...