Dalam masa PAS Kelantan sibuk nak bawa draf Hudud ke parlimen takkan kut Hj Mahfuz tak tau apa hukuman ke atas seseorang yang sabit kesalahan membunuh, kalau pun nak ambil political mileage pun jangan la sampai ke tahap sampai macam ni punya BANGANG.
TheRakyatPost melaporkan:
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan Australia, bagi mendapatkan taraf penduduk tetap (PR) untuk bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh mahkamah.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan bekas komando polis terbabit sebagai individu bersemangat patriotik tinggi, cintakan negara dan harus diberi peluang memulakan hidup baru di negara berkenaan, setelah Sirul Azhar meninggalkan tanah air bagi mendapatkan perlindungan di Australia. - TheRakyatPost.
Walaupun aku rasa tak berapa nak sesuai tapi aku boleh faham apa rasionalnya MP PAS Pokok Sena berusaha pi sampai Australia jumpa Sirul untuk pujuk dia buat pendedahan pasai kes pembunuhan Al-Tantuya tu.
Aku masih boleh faham rasionalnya walaupun rasa ada unsur BANGANG bila MP PAS Pokok Sena berani buat sidang media menjanjikan perbualan langsung dengan Sirul secara terbuka dan terbukti akhirnya aksi tu kantoi, Sirul langsung tak jawab telefon.
Tapi sampai berusaha nak bantu Sirul Azhar mohon taraf PR di Australia, ni dah nampak jelas sangat BANGANGnya.
Takkan kut MP PAS Pokok Sena tu tak sedar yang Sirul dah mengaku memang dia yang bunuh model Monggolia tu. Tak kira la walau siapa pun yang arahkan dia tapi aksi dia membunuh tu tetap salah dan harus dihukum walaupun dia menyesal sungguh-sungguh tara mana pun.
Takkan kut MP PAS Pokok Sena yang juga merangkap Ketua Penerangan PAS nak bagi ujudkan persepsi yang salah pendirian PAS berkenaan kesalahan membunuh kut.
Tambah-tambah dalam masa PAS Kelantan sibuk nak bawa draf Hudud ke parlimen takkan kut Hj Mahfuz tak tau apa hukuman ke atas seseorang yang sabit kesalahan membunuh.
Kesimpulannya, kalaupun nak ambil political mileage pun jangan la sampai ke tahap sampai macam ni punya BANGANG. Sapa la penasihat MP PAS Pokok Sena ni, awat la BANGANG sangat...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis