Bagi yang nak guna alasan 'pilihanraya lambat lagi' aku cuma nak ingatkan yang tara allahyarham TG pun mati, takkan hangpa nak anggap yang wakil rakyat tempat hangpa tak boleh mati dalam tempoh lebih kurang setahun ni.
Bernama melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 57,247 permohonan pendaftaran pemilih baharu dan 11,551 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi sepanjang tempoh pendaftaran pemilih suku keempat 2014.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) akan dipamerkan selama 14 hari mulai 10 hingga 23 Mac ini di 935 tempat pameran seluruh negara. - Bernama.
Lama dah rasanya aku tak update pasai Daftar pemilih ni. Dalam keadaan PAS tengah berhadapan dengan 'krisis dalaman' ni aku rasa makin ramai yang ambil peduli.
Bagi yang nak guna alasan 'pilihanraya lambat lagi' aku cuma nak ingatkan yang tara allahyarham TG pun mati, takkan hangpa nak anggap yang wakil rakyat tempat hangpa tak boleh mati dalam tempoh lebih kurang setahun ni.
Untuk rekod, majlis pembukaan sidang pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung pada 26 Jun 2013.
Aku malas nak ulas panjang lebar pasai Rang Daftar Pemilih Tambahan ni pasai dah cukup banyak posting aku pasai ni. Hangpa boleh google kalau teringin nak baca.
Bernama uga dilaporkan:
"Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan Oktober, November dan Disember 2014 dinasihatkan menyemak DPT suku tahun 4/2014," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.Juga dilaporkan:
Menurutnya, DPT dipamerkan di 15 pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer (449), kompleks/ pejabat kerajaan (85), pejabat daerah/ tanah (124), majlis daerah/ perbandaran (52), dewan serbaguna/ rukun tetangga/ balai raya/ penghulu (193) dan lain-lain tempat (17).
Beliau berkata jika pemohon baharu mendapati nama mereka tidak tersenarai, mereka boleh membuat tuntutan menggunakan borang B dan menyerahkan kepada pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) pada waktu pejabat dalam tempoh pameran DPT itu. - Ibid.
Abdul Ghani berkata pemilih berdaftar yang ingin membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana individu di sesuatu bahagian pilihan raya boleh berbuat demikian dengan mengisi borang C.Akhir sekali, aku cuma nak ingatkan, kalau masa pilihanraya nanti hangpa tengok dalam daftar pemilih tempat hangpa ada banyak 'pengundi hantu' tolong la jangan keriu deraih sangat, hangpa sendiri yang BANGANG... hahaha
"Seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan subperaturan 15(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002)," katanya.
Menurutnya, bantahan menggunakan borang C hendaklah dikemukakan kepada pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) pada waktu pejabat dalam tempoh pameran DPT itu. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis