Presiden PAS nak tunggu ada yang mati dulu ka baru nak bertindak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 05, 2015

Presiden PAS nak tunggu ada yang mati dulu ka baru nak bertindak?

Aku harap sangat TG Presiden tak tunggu sampai ada nyawa yang melayang baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan atas kapasiti sebagai seorang Presiden Parti Islam Semalaysia PAS..

Malaysiakini melaporkan:
Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad telah diserang oleh individu yang tidak dikenali sewaktu pulang daripada solat subuh pagi ini.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam satu catatan Facebook berkata Dzulkefly telah ditumbuk di muka dan dahi. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Sebelum beredar, katanya, penyerang itu bertanya Dr Dzulkefly 'kenapa kurang ajar sangat'.

Suhaizan berkata Pemuda PAS melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan tidak menolak ia satu provokasi terhadap pemimpin PAS untuk mewujudkan perpecahan. - Ibid.
Sebelum ni kita dah dikejutkan dengan insiden cubaan membakar kereta Dr. Hatta Ramli. Walaupun Dr. Hatta sendiri keluarkan kenyataan menafikan insiden tu ada kaitan dengan krisis dalaman PAS tapi aku yakin kenyataan Dr. Hatta tu cuma untuk redakan keadaan.

Aku harap-harap sangat insiden BANGANG lagi CELAKA macam ni tak berulang lagi.

Macam yang aku kongsi update kat facebook aku.


Aku nak minta tolong sangat-sangat kat TG Hj Hadi Awang, Presiden PAS, tolong la bertindak sebagai Presiden PAS, selesaikan krisis dalaman PAS ni secara tuntas.

Aku harap sangat Presiden PAS tak 'berlepas tangan' macam sebelum ni, serahkan tanggungjawab tu di bahu Naib Presiden Tn Hj Salahudin Ayub. Krisis peringkat tinggi ni aku sangat-sangat tak yakin Salahuddin Ayub boleh selesaikan.

Dengan kehebatan TG Hj Hadi sebagai Ulama' besar yang ilmunya dihormati dan diiktifar  bukan saja oleh setiap ahli dan penyokong PAS tapi juga diperingkat dunia dengan jawatan Naib Presiden Persatuan Ulama' Sedunia, aku sangat-sangat yakin semua pihak yang terlibat dalam masalah konflik dalaman PAS ni mudah sangat untuk diselesaikan kalau presiden sendiri ambik sikap berdepan isu ni,

Kalau Presiden panggil mengadap semua individu yang terlibat, dengar sendiri cerita versi peribadi dari mulut semua individu terlibat dan kemudian buat satu pertemuan tertutup antara individu dan pihak yang terlibat, aku sangat-sangat yakin semua individu terlibat akan bersetuju dengan satu ketetapan dan persetujuan bersama dalam menyelesaikan krisis dalaman PAS ni.

Pasainya aku cukup-cukup yakin, semua individu dan pihak-pihak yang terlibat dalam krisis dalaman PAS ni semuanya berniat baik, semuanya nak yang terbaik untuk PAS, cumanya mungkin cara dan kaedah saja yang tak sama.

Taktau la pulak kalau TG Presiden sendiri 'seronok' tengok aksi bangang dan celaka macam ni berakar dalam PAS dan aku harap sangat TG Presiden tak tunggu sampai ada nyawa yang melayang baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan atas kapasiti sebagai seorang Presiden Parti Islam Semalaysia PAS..

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...