Isu harta kekayaan Najib, mudah ja kalau dia nak bagi selesai. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 03, 2015

Isu harta kekayaan Najib, mudah ja kalau dia nak bagi selesai.

Tapinya, bab istihar harta ni nak cakap lebih-lebih pun tak berapa nak boleh, pasainya bukan kata Najib saja tak berani nak istihar harta tapi pemimpin Pakatan Rakyat pun tak mau nak istihar harta 

Malaysiakini melaporkan:
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyokong adik beradiknya bahawa bapa mereka Tun Razak Hussein berjimat dan hidup sederhana, mengundang persoalan lain.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kenyataan perdana menteri di Utusan Malaysia dan Berita Harian itu menjadi penolakan halus terhadap penjelasan pejabatnya sendiri bahawa ia berpunca daripada harta pusaka. - Mkini.
Nampak sangat jelas dalam isu harta ni Najib memang dah 'tersandaq ke dinding', spin hala ke mana pun akan tetap nampak tak kena. Nak mengaku kata harta pusaka pun tak kena, nak mengaku harta sendiri lagilah tak kena.

Lebih buat Najib nampak kantoi bila Pejabat Perdana menteri sendiri yang mula-mula kata kekayaan Najib hasil dari harta pusaka dengan niat nak bela Najib, konon-kononnya Najib tu bersih dari songlap harta rakyat.

Malaysiakini juga melaporkan:
“Dari mana sebenarnya semua wang ini datang?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Pua (kanan) membangkitkan laporan New York Times bahawa keluarga Najib berbelanja untuk mendapatkan aset di peringkat global yang bernilai jutaan ringgit, walaupun pendapatannya hanya RM350,000 setahun.

Beliau mahu Najib menjelaskan perkara itu kerana beliau hanya pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri kabinet (1986-2004), timbalan perdana menteri (2004-2009) dan perdana menteri (2009-kini). - Ibid.
Memang kantoi 'tersandaq ke dinding' sungguh.

Lebih menarik bila Najib bagitau nak saman Harakahdaily dalam isu harta Najib yang Hrakahdaily kaitkan dengan skandal penyelewengan 1MDB dan pihak Harakahdaily pulak secara terbuka bagitau bersedia untuk ke mahkamah.

Aku tak rasa saman tu akan diteruskan pasainya kalau naik turun mahkamah tentu punya akan banyak lagi benda akan boleh didedah dengan kuasa mahkamah yang selama ni berjaya Njib sorok.

Sebenarnya isu ni senang saja nak bagi selesai, Najib cuma perlu berani istiharkan harta secara terbuka. Kalau betul harta Najib dan keluarga dia bersih dari salahguna kuara merembat harta rakyat takdak sebab Najib perlu nak takut istiharkan harta secara terbuka kepada rakyat.

Tapinya, bab istihar harta ni nak cakap lebih-lebih pun tak berapa nak boleh, pasainya bukan kata Najib saja tak berani nak istihar harta tapi pemimpin Pakatan Rakyat pun tak mau nak istihar harta kepada umum termasuk pemimpin PAS yang mengaku 'tak cintakan dunia dan tak takut mati' tu.

Dulu ada la sekali Dewan Pemuda PAS tahun 2012 masa di bawah Ust Nashrudin Tantawi buat gimik istihar harta, lepas tu dengan dia sendiri senyap bab nak istiharkan harta ni walaupun dah jadi MP Temerloh dan ada sekali sampai di'troll' teruk kes dia boleh pakai kereta Vellfire.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...