Tak patut ka aku gunakan istilah BANGANG kalau dia sebagai CEO badan penyelidik PAS tiba-tiba tanpa segan silu mendedahkan hasil kajian dia yang negatif pasai PAS secara terbuka kepada umum.
Malaysiakini semalam melaporkan:
Terdapat golongan yang dilabelkan sebagai “barua” di kalangan ahli PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Dakwanya lagi kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti Islam itu sendiri, lapor Sinar Harian hari ini. - Mkini.
Juda dilaporkan:
Beliau mendakwa kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Hari ni Malaysiakini melaporkan pula:
"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Mekah.
"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik. - Ibid.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.Aku cukup tak faham apa rasionalnya mainan pemimpin PAS peringkat tertinggi sekarang ni. Dikalangan sesama Jawatankuasa Kerja PAS pusat tanpa segan silu bertunjai menggunakan media.
“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.
“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur. - Mkini.
Aku ingat lagi, sebelum-sebelum ni bila aku mula kritik parti dan pimpinan dalam blog aku ni, cukup ramai yang mengingatkan aku supaya 'gunakan saluran dalaman' untuk mengkritik parti dan pimpinan.
Apa saluran yang aku ada selain dari blog aku ni, kalau takat mesyuarat agung cawangan kompom la kritik aku tak sampai ke sasaran. Takat dalam mesyuarat agung PAS Kawasan pun aku langsung tak yakin kritikan aku akan sampai ke sasaran, tu pun kalau aku dipilih sebagai perwakilan. Nak jadi perwakilan kawasan ke Muktamar Agung memang jangan harap la depa nak bagi.
Yang menghairankan akunya, takkan depa-depa pimpinan PAS di peringkat pusat pun tak dak 'saluran dalaman' sampai tahap bertunjai dalam media.
Ataupun memang depa-depa ni masa mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memang sentiasa bertunjai sesama sendiri, malah mungkin dalam usrah Jawatankuasa PAS Pusat pun aku rasa depa ralit bertunjai jugak. Ataupun masa mesyuarat dan usrah selalu sangat ponteng.
Yang paling aku mushkilnya, orang yang sepatutnya pemimpin macam Dr. Zuhdi yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat pun turut sama beraksi BANGANG. Taktau la kalau ada yang nampak aksi Dr. Zuhdi tu satu aksi yang cerdik.
Malaysiakini juga melaporkan:
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki meramalkan berlakunya perpecahan dalam parti Islam itu selepas muktamar tahunan yang akan dijadual berlangsung pada 1 Jun depan.
Beliau berkata ramalannya itu dibuat selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti, lapor Sinar Harian hari ini. - Mkini.
Tak patut ka aku gunakan istilah BANGANG kalau dia sebagai CEO badan penyelidik PAS tiba-tiba tanpa segan silu mendedahkan hasil kajian dia yang negatif pasai PAS secara terbuka kepada umum.
Ataupun, mungkinkah macm ayat tajuk aku kat atas tu, konflik dalaman dalam PAS sekarang ni sudah cukup kronik dan dah tak boleh dibaiki lagi. Psai tu masing-masing tengah gunakan apa saja cara dan peluru untuk pastikan musuh dalaman depa kalah dalam pemilihan parti akan datang.
Tapi, bila difikir dari sudut lain, mungkin ada baik jugak pemimpin PAS terus bertelagah malah kalau boleh biar sampai berpecah belah, yang natijahnya akan lebih ramai rakyat Malaysi yang meluat dengan politik demokrasi. dan akan bersetuju dengan pilihan lain untuk menumbangkan rejim Umno BN termasuk pilihan menggerakkan REVOLUSI.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis