Yang pertama aku mushkilnya pasai apa gariskan 7 amanat untuk melayu "menjelang tibanya abad ke-21"? Bukan sekarang ni kita dah dalam abad ke 21 ka? Takkan BANGANG sampai tara tu kut, kalau agak2 tak pasti 'google' la dulu.
Kredit image: Malaysia-chronicle |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tujuh amanat untuk memastikan perpaduan bangsa Melayu bagi melangkah maju dan berdikari menjelang tibanya abad ke-21.
Amanat itu antara lain menyentuh keperluan bangsa Melayu untuk memperjuangkan kepentingan agama Islam, mempertahankan institusi beraja dan keistimewaan orang Melayu. - AstroAwani
Kat bawah ni isi 7 amanat tu:
- Orang Melayu dan Umat Islam mesti memperjuangkan ketinggian agama Islam serta syairnya sebagai agama Persekutuan yang berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
- Menuntut orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan mereka serta kaum bimiputera yang lain seperti termaktub dalam Perlembagaan persekutuan.
- Komitmen untuk menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana, menjaga nilai-nilai murni dan menjaga institusi keluarga.
- Memperkukuhkan ekonomi orang Melayu agar mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di negara ini dan di pentas antarabangsa.
- Memberi penekanan terhadap usaha melatih dan mendidik orang Melayu sebagai peneraju yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global namun pada masa yang sama berpaksikan kepada adat resam dan budaya Melayu.
- Menyuburkan nilai-nilai murni, mulia lagi terpuji serta berjiwa besar, semangat juang yang tinggi, berani, berpetriotik kepada watan dengan menjauhi sifat-sifat mazmumah yakni tercela, terkeji, irihati atau dengki, berperangsangka buruk dan bersengketa serta bermusuh-musuhan sesama sendiri.
- Memperteguhkan institusi keluarga dan masyarakat Melayu serta menjadikan nilai murni. hormat-menghornati, berkasih sayang, sayang-menyayangi, tolong-menolong sesama kita disamping itu menjauhi sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, saling fitnah-memfitnah sesama bangsa Melayu.
Yang kedua, gagasan baru ni melambangkan kegagalan Umno BN membela nasib orang melayu dan Islam. Tak payah sembang la pasai Wawasan 2020, terget Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang Razak Hussein bapak kepada Najib perkenalkan pada tahun 1970 pun Umno BN masih gagal capai.
Yang ketiga, aku amat-amat yakin gagasan baru ni pun akan gagal jugak kalau punca utama DEB dan Wawasan 2020 tak berjaya di bendung iaitu BUDAYA RASUAH.
Main dengan kuat budaya rasuah ni, buat la blueprint hebat tara mana pun, buat la kaedah pemantauan seteliti mana pun, buat la undang-undang penguatkuasaan seberat mana pun, semuanya takkan ke mana, takat seronok dengar kat telinga akhirnya rakyat jugak yang terpaksa tanggung akibatnya.
Tapi bila difikirkan balik, mungkin jugak Najib saja tinggal benda penting tu. Pasainya kalau budaya rasuah berjaya dihapuskan memang kompom la Umno BN akan berkubur. Mustahil kut parti yang budaya rasuahnya 'busuk sampai ke usus' tu boleh hidup tanpa rasuah.
Apa pun, nampaknya satu benda yang Najib belajar dari PM Razak dan Mahathir, dia tak buat gagasan jangka pendek dan sederhana tapi dia buat gagasan jangka yang cukup panjang. Kalau gagal pun rakyat tak berapa nak boleh salahkan dia pasai akan ada ramai lagi PM Malaysi lepas Najib sebelum tempoh abad 21 ni nak habih.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis