Awat yang Ust Tuan Ibrahim nampak sampai jadi gelojoh sangat ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 13, 2015

Awat yang Ust Tuan Ibrahim nampak sampai jadi gelojoh sangat ni?

Kalau pun ada banyak pihak dalam PAS yang sungguh-sungguh tekan Ust Tuan Ibrahim untuk sedia lawan Mat Sabu di jawatan Timbalan Presiden pun tak patut sangat la dia melatah sampai macam tu sekali.

MalaysiaGazette melaporkan;
Selepas menolak pencalonan Pas Kawasan Kota Bharu menamakannya sebagai calon presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersedia bertanding jawatan timbalan.

Petang tadi, di Rusila - kawasan Abdul Hadi di Terengganu - Pesuruhjaya Pas Pahang isytihar akan bersaing dengan Mohamad Sabu pada pemilihan Jun ini. - Malaysiagazette
Akhbar Harian Metro cetak pun ada terbitkan berita pasai ni.

Cikgu Wan Rahim YDP PAS Kawasan Kota Bharu komen kenyataan Ust Tuan ibrahim tu dalam status bergambar facebook dia:


Sungguh aku pun tak faham. Awat la Ust Tuan Ibrahim ni gelojoh sangat. Kalau pun berkehendak sangat jawatan tu atas apa sebab dan maslahah sekalipun, bawak-bawak la bersabaq sama.

Kalau pun ada banyak pihak dalam PAS yang sungguh-sungguh tekan Ust Tuan Ibrahim untuk sedia lawan Mat Sabu di jawatan Timbalan Presiden pun tak patut sangat la dia melatah sampai macam tu sekali.

Kalau pun bersemangat nak bagitau bersedia lawan Mat Sabu pun tunggu la sampai ada Kawasan PAS yang mencalonkan nama dulu.

Tak lama mana pun kena tunggu pasai aku sangat-sangat yakin belambak dok ada ahli-ahli di beringkat kawasan PAS yang dah tak sabaq tunggu mesyuarat agung PAS Kawasan nak mencadangkan nama Ust Tuan Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tu.

MalaysiaGazette juga melaporkan:
Pengisytiharan di Rusila itu dilihat selepas Tuan Ibrahim mencapat 'restu' daripada Abdul Hadi. Lagi pun menurut sumber, Mursyidul Am Pas yang baharu, Datuk Haron Din dikatakan sudah memberi signal supaya Abdul hadi dikekalkan.

Selain itu, tindakan Tuan Ibrahim dilihat taktik terbalik di mana selepas menolak dicalonkan presiden dengan menawarkan diri untuk jawatan timbalan.

Ramai pemerhati pro ulama Pas melihat usaha menamakan Tuan Ibrahim sebagai calon presiden salah usaha kumpulan Anwarinas dalam Pas menamatkan karier Abdul Hadi. - Ibid.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...