Depa 13 orang tu ditangkap masa demonstrasi di depan Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar pada tahun 2009, dah 6 tahun berlalu takkan baru nak kumpul maklumat waris, maknanya selama 6 tahun ni adakah PAS Perak mengabaikan kebajikan OKZ13 tu dan ahli keluarga depa?
Harakahdaily melaporkan:
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 12 individu yang terlibat dalam perhimpunan membantah pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009.
Perhimpunan itu dibuat selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai menteri besar dijatuhkan.Mereka dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman yang berkuat kuasa hari ini. - Hrkh.
Harakahdaily dalam berita lain melaporkan:
PAS Perak memberi jaminan akan menjaga kebajikan ahli keluarga 13 individu yang dihukum penjara 10 bulan hari ini kerana menyertai himpunan membantah rampasan kuasa di negeri itu pada 2009.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringkat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak dalam memperjuangkan nasib mereka.
"PAS negeri akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing. - Hrkh.
Kira ok la kalau PAS Perak berani berjanji macam tu, cumanya aku harap janji tu jadi Janji Dicapati macam janji Najib.
Yang buat aku risau pasai Harakahdaily juga melaporkan:
"PAS Perak sedang mengumpul maklumat waris mahupun ahli keluarga mereka yang terlibat.
"Kami akan mengenal pasti keluarga yang terjejas secara mutlak di atas asbab keputusan ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. - Ibid.
Depa 13 orang tu ditangkap masa demonstrasi di depan Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar pada tahun 2009, dah 6 tahun berlalu takkan baru nak kumpun maklumat waris, maknanya selama 6 tahun ni adakah PAS Perak mengabaikan kebajikan OKZ13 tu dan ahli keluarga depa?
Aku malas nak ulas panjang-panjang, cuma nak ulang apa yang pernah aku cadangkan dalam posting tahun 2013 yang aku bubuh tajuk 'Perkembangan terkini OKZ Geng Botak 12+1'
Kalau la esok depa yang 13 orang mangsa demonstrasi di Bukit Chandan tu dipaksa oleh hakim kembali ke Penjara Tapah, aku nak cadangkan semua ADUN Pakatan Rakyat Perak ambil sorang satu keluarga sebagai keluarga angkat, tu pun kalau betul depa ikhlas simpati, bukan sekadar nak ambik kesempatan publisiti.
Bab makan pakai sakit demam keluarga depa-depa tu satu hal, tapi yang lebih penting kena jaga jugak emosi depa yang tentu punya akan alami tekanan bila kehidupan berubah serta merta akibat kezaliman yang tertimpa atas keluarga depa. - Ibid.
Kat bawah ni video suasana sebenar masa demonstrasi berkenaan
Dalam video ni nampak jelas Cikgu Khairul salah seorang OKZ sedang berhadapan dengan FRU untuk melindungi 2 muslimat yang dikepung FRU.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis