Ataupun, memang itu pun 'hasrat' TG Hj Hadi bawa 'Private Bill' berkenaan Hudud Kelantan tu, nak sangat-sangat DAP dan PKR marah sampai tak boleh tahan dan akhirnya tendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat?
Harakahdaily melaporkan:
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015 dilulus dengan sokongan padu ahli dewan.
Peristiwa itu merakam detik bersejarah kedua selepas mendapat sokongan kesemua ahli dewan pada November 1993. Ketika itu dua Adun BN dari Sungai Pinang dan Limbongan.
Dan hari ini, apabila ditanya speaker, Datuk Abdullah Yakub kesemua 44 Adun termasuk 12 Adun pembangkang menyokong dengan berkata bersetuju. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Turut menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang melibatkan perundangan hudud, qisas dan takzir itu ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas) yang juga pengerusi Umno Kelantan.Akhirnya Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (KASII) pindaan 2015 diluluskan sebulat suara. Maknanya setakat ni Umno melalui Umno Kelantan masih mengekalkan 'janji' depa untuk sokong KASII ni.
Selain itu Ruslan Puteh (PKR-Guchil) yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan. - Ibid.
Persoalannya sekarang ni adakah Wakil Rakyat Umno di Parlimen akan juga sokong 'Private Bill' yang akan dibawa yang katanya nak pinda Akta 255 yang selama ni menghadkan kuasa hukuman Mahkamah Syariah Negeri setakat 3 tahun penjara RM5,000 dengan dan 6 sebatan sahaja.
MalaysianInsider dalam berita bertajuk 'Pinggirkan Pakatan, Hadi bakal bentang hudud di Parlimen' melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mohon kebenaran untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di sidang Parlimen yang sedang berlangsung dan akan berakhir 9 April depan untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, mengetepikan Pakatan Rakyat (PR).Yang aku mushkilnya pasai apa TG Hj Hadi yang perlu bawa 'Private Bill' tu. Pasai apa tak serahkan saja kepada wakil dari Umno BN yang bawa kalaupun Kerajaan Pusat tak bersedia benarkan Menteri dari Umno yang bawa.
Hadi menghantar surat kepada Parlimen semalam selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.
The Malaysian Insider sudah melihat surat Hadi dan disahkan seorang pemimpin kanan parti yang mengatakan ianya untuk meminda Akta 355 (Mahkamah Syariah) - selama ini mengehadkan bidang kuasa mahkamah dan menjadi penghalang untuk pelaksanaan hudud.
"Presiden akan membentangkan sendiri rang undang-undang persendirian ini," kata pemimpin berkenaan kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Kalau betul Umno 'IKHLAS" sokong perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan sepatutnya Umno BN ambil peluang ni untuk 'menyatakan' keikhlasan depa.
YB Husam Musa dalam perbahasan RUU pindaan ni dalam Sidang DUN Kelantan macam video kat bawah ni, jelaskan lebih terpeinci pasai ni.
Sungguh, aku nampak tindakan Presiden PAS ni sungguh tak bijak. Dalam keadaan DAP dan PKR cukup vokal dalam isu Hudud Kelantan ni, tindakan TG Hj Hadi ni nampak macam saja cari masalah.
Kalau wakill Umno yang bawa 'Private Bill' tu tu kurang la sikit 'peluru' untuk DAP dan PKR nak tembak PAS.
Ataupun, memang itu pun 'hasrat' TG Hj Hadi bawa 'Private Bill' berkenaan Hudud Kelantan tu, nak sangat-sangat DAP dan PKR marah sampai tak boleh tahan dan akhirnya tendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis