Idea KPC Lim Kit Siang dan DAP ni memang kompom BANGANG. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 26, 2015

Idea KPC Lim Kit Siang dan DAP ni memang kompom BANGANG.

Aku malas nak ulas panjang, cuma nak ulang sekali lagi, idea Lim Kit Siang ni memang BANGANG. Unity Goverment (UG) gagal, Konsensus National (KN) pun gagal takkan la orang ramai nak boleh nak terima KPC Kerajaan Persekutuan Campuran pulak.

DAP putus hubungan dengan hadi awang presiden pas
Kemarin dulu Roketkini dalam berita bertajuk "DAP kekal dalam Pakatan Rakyat, putus hubungan dengan Hadi" melaporkan:
DAP mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggar semangat konsensus serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, komitmen DAP kepada Pakatan Rakyat sebagai gabungan pentadbiran mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, yang berhasrat membina Malaysia baru berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia. - Roket.
Juga dilaporkan:
“DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk Dasar Bersama. - Ibid.
Aku langsung tak nampak kat mana cerdiknya tindakan DAP ni. Langsung tak masuk akal DAP nak putuskan hubungan dengan Presiden PAS TG Hj Hadi tapi masih nak bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Lebih mengarut lagi aksi DAP ni kalau bertujuan nak 'pengaruhi' perwakilan PAS dalam muktamar akan datang supaya singkirkan TG Hj Hadi dari kerusi Presiden PAS, tindakan tu langsung tak membantu malah boleh jadi 'back fire'.

Kalau pun Presiden PAS bertukar takkan DAP yakin Presiden PAS yang baru akan buang Hudud dari agenda PAS. Kalau ada yang fikir macam tu memang sah orang tu BANGANG politik.

Semalam pulak aksi pemimpin DAP lagi bertambah mengarut malah mungkin lebih sesuai kalau aku panggil BANGANG.

Malaysiakini melaporkan:
Susulan keadaan tidak menentu politik Malaysia, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengusulkan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan campuran untuk “Selamatkan Malaysia”.

Kerajaan baru ini patut melibatkan anggota Parlimen kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang yang mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. - Mkini.
Dalam keadaan ingatan politik Malaysia masih lagi tak boleh lupa dan masih jadi bahan troll idea 'Unity Goverment' yang Presiden PAS TG Hj Hadi bawa, macam tu jugak idea Konsensus National yang Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR cuba bawa lepas tu, kali ni Pengerusi DAP Lim Kit Siang pulak cadangkan Kerajaan Persekutuan Campuran.

Aku malas nak ulas panjang, cuma nak ulang sekali lagi, idea Lim Kit Siang ni memang BANGANG. Unity Goverment (UG) gagal, Konsensus National (KN) pun gagal takkan la orang ramai nak boleh nak terima KPC Kerajaan Persekutuan Campuran pulak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...