Kesian SUA PAS sampai terpaksa bagi alasan BANGANG... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 08, 2014

Kesian SUA PAS sampai terpaksa bagi alasan BANGANG...

Aku cukup heran, macamana Setiausaha Agung PAS boleh bagi alasan TG Hj Hadi Presiden PAS ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat tu isu remeh. Takdak ka alasan lain yang yang boleh dibagi. BANGANG sangat kut alasan tu.

Harakahdaily melaporkan:
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.

Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, Pakatan Rakyat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang, sudah berpuluh kali mengadakan mesyuarat yang kadang kala tidak dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan telah membuat pelbagai keputusan.

Sepanjang tempoh itu juga katanya, segala keputusan yang dibuat, berjalan dengan baik tanpa menjejaskan perjalanan Pakatan Rakyat.

"Tetapi kenapa soal ketidakhadiran ini dibangkit dan diperbesar sekarang?" soal beliau. - Ibid.
Aku cukup heran, macamana Setiausaha Agung PAS boleh bagi alasan TG Hj Hadi Presiden PAS ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat tu isu remeh. Takdak ka alasan lain yang yang boleh dibagi. BANGANG sangat kut alasan tu.

Taktau la pulak kalau ada yang rasa alasan yg Cikgu Pa bagi tu bukan alasan bangang malah alasan yang sangat brilliant lagi power.

Sebelum ni Harakahdaily pada 5 November ada melaporkan:
PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyerang Presiden PAS secara terbuka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan Guan Eng yang membangkitkan soal ketidakhadiran Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesar.

"Perlu diingat, kerjasama dalam konteks tahaluf siyasi adalah antara parti dengan parti, bukan individu dengan individu. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Mustafa menjelaskan, setakat ini tidak pernah berlaku sesuatu keputusan tidak dapat dibuat sekalipun kedua-dua mereka tidak hadir ke mesyuarat.

Hakikatnya, setiap wakil parti ujar Mustafa, sentiasa datang ke mesyuarat dan keputusan boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

"Antara yang selalu hadir ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang mempengerusikan mesyuarat, Lim Kit Siang sebagai wakil DAP dan saya sebagai wakil PAS. Tidak ada masalah," jelasnya. - Ibid.
Berbalik kepada soal 'premis asal' macam yang Cikgu Pa kata tu, kat bawah ni aku tampal video ucapan yang aku rasa mengujudkan 'premis asal' isu ni.


Nampak jelas sebenarnya Cikgu Pa yang tak faham apa 'premis asal' yang Guan Eng bangkitkan, bukan masalah ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat  walaupun isu ponteng menyuarat Pakatan Rakyat tu pada aku cukup besar dan sangat-sangat tak patut diamalkan oleh Presiden sebuat 'parti Islam'.

Premis yang Guan Eng bangkitkan adalah wakil yang PAS hantar takdak kuasa untuk buat keputusan pasai TG Hj Hadi sebelum ni ada kata dia sebagai Presiden ada 'kuasa pemutus' yang boleh 'overruled'.

Dan memang terbukti dalam isu calon MB Selangor, Presiden PAS overruled bukan setakat keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat tapi jugak keputusan Mesyuarat JKK PAS Pusat dengan hantar 3 nama dan nama tu pulak dirahsiakan termasuk dari pengetahuan JKK PAS Pusat.

Yang lawaknya, Harakahdaily juga melaporkan:
"Jika secara perbandingan, sejak 2008 Guan Eng lebih banyak tak hadir ke mesyuarat PR berbanding Tuan Guru Abdul Hadi. Tetapi itu bukan isu besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Saja aku kopipes kenyataan perenggan macam kat atas ni pasai aku teringat ceritera rakyat kisah Pak Pandir menasihat Mak Andeh supaya jangan bersedih pasai "Bukan Mak Andeh sorang saja yang kematian anak..."

Hahaha...

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...