Rasional dan akibat hukuman gantung setahun 2 Adun 'BARUA' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 13, 2014

Rasional dan akibat hukuman gantung setahun 2 Adun 'BARUA'

Kecuali la kalau majoriti ahli JKK PAS Pusat memang bersatu hati nak menyingkirkan TG Hj Hadi dari jawatan Presiden PAS. Kalau pun memang ada hasrat macam tu aku tak yakin depa akan seberani tu.

Harakahdaily melaporkan:
PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari. - Hrkh.
Aku tak terkejut dengan keputusan msyuarat JKK PAS Pusat semalam tu pasainya keputusan 2 Adun 'BARUA' tu memang dah dijangka.

Memang mustahil la kut untuk JKK PAS Pusat untuk buat keputusan depa beerdua tak bersalah dalam keadaan Presiden PAS TG Hj Hadi sendiri dah belasah depa berdua tu sebagai 'BARUA' yang melanggar baiah.

Mana Presiden PAS nak letak muka kalau tiba-tiba mesyuarat JKK PAS Pusat buat keputusan 2 Adun tu tak bersalah. Kalau cuma diberi amaran pun tak 'memadai' dengan 'kemarahan' Presiden PAS kepada depa berdua dalamn ucapan penggulungan Muktamar Agung PAS baru-baru ni.

Kecuali la kalau majoriti ahli JKK PAS Pusat memang bersatu hati nak menyingkirkan TG Hj Hadi dari jawatan Presiden PAS. Kalau pun memang ada hasrat macam tu aku tak yakin depa akan seberani tu.

Hukuman gantung setahun bermakna 2 Adun tu tak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti atas nama PAS. Kesannya depa berdua akan terpinggir bukan setakat setahun malah mungkin sehingga 3 tahun sebab depa terlepas mesyuarat agung PAS tahun depan yang ada pemilihan.

Depa berdua takkan ada jawatan dalam parti sehingga ke pemilihan 3 tahun lagi melainkan depa dilantik ke mana-mana jawatan lantikan selepas tamat tempoh gantung.

Dari sudut lain, Malaysia-today melaporkan:
here is space in PKR for the two PAS assemblymen who were suspended from their party for pledging their support for PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail for the Selangor Menteri Besar post.

PKR central committee member and Sri Andalas assemblyman Dr Xavier Jayakumar said this when commenting on the one-year suspension of assemblyman Saari Sungib and Hasnol Baharuddin, of Hulu Kelang and Morib respectively, announced today by PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali.

“As far as I can see, they are left without a party, which means they have to decide on their future.

“What they did was save PR and they stayed true to the coalition. We will welcome them to join us if that is what they want. It’s up to them. - MalaysiaToday.
TheMalaysianInsider pula melaporkan:
Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil (gambar) berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - TMI.
Nasib baik sikit bila Sinarharian melaporkan:
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin tiada campur tangan rakan PR berkenaan keputusan Pas yang dua Adunnya kerana menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor semalam.

Katanya, beliau tidak menyokong sekiranya ada dalam kalangan dalam PR yang ingin campur tangan dengan keputusan yang telah dibuat Pas.

“Saya hormati keputusan tersebut yang dibuat mereka, orang luar tidak perlu campur tangan. - Sinarharian.
Apa pun harap-harapnya, 2 Adun 'barua' tu boleh terima keputusan JKK PAS Pusat tu dengan dada yang lapang, paling kurang pun harap-harapnya depa tak sampai ambik keputusan keluar dari PAS dan sertai PKR atau DAP.

Keadaan akan jadi lebih cempera kalau depa berdua sampai ambik tindakan macam tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...