PAS cuma kenakan hukuman gantung 2 Adun 'barua'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 12, 2014

PAS cuma kenakan hukuman gantung 2 Adun 'barua'?

Presiden PAS sendiri cukup keras menempelak 2 Adun tu sebagai BARUA. Bukan senang-senang kut Presiden PAS yang bertaraf  Tok Guru nak boleh keluar gelaran macam tu untuk ahli parti sendiri melainkan  kesalahan depa cukup berat.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, akan ditentukan nasib mereka dalam parti esok.

Besar kemungkinan, Saari Sungib dan Hasnul Baharudin akan digantung keahlian mereka. - TMI.
Macam yang aku tulis sebelum ni, Setiausaha Agung PAS bagitau yang dia akan bawa kes Adun Hulu Kelang dan Morib tu untuk dibincang dalam Mesyuarat JKK PAS Pusat hari ni untuk tindakan selanjutnya samada akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib atau pun tidak.

Selain dari Jawatankuasa Tatatertib yang dibagi kuasa melalui perlembagaan Fasal FASAL 82(6), JKK PAS Pusat sendiri ada kuasa untuk ambil tindakan tatatertib melalui Fasal 82(9).

TheMalaysianInsider juga dilaporkan:
"(Kemungkinannya ialah) Antara digantung keahlian dan dipecat, tetapi saya rasa mereka akan digantung," kata seorang AJK PAS Pusat yang menolak kemungkinan mereka berdua akan dilepaskan begitu sahaja.

"Mereka bersalah dari segi pentadbiran, iaitu mendahului keputusan parti. Tetapi tidaklah sampai melanggar keputusan parti, kerana ketika itu parti belum membuat keputusan," dia memberitahu The Malaysian Insider. - Ibid.
Aku yakin AJK PAS Pusat yang bagi kenyataan macam tu adalah AJK PAS Pusat yang ada rasa simpati dengan 2 Adun Selangor berkenaan, Saari Sungip dan Hasnol Baharudin.

Tapi harus diingat, ada jugak AJK PAS Pusat yang cukup keras menempelak 2 Adun tu pengkhianat. Kalau dah sampai tahap pengkhianat mana boleh lagi simpan, nak kena singkirkanla dari PAS.

Lagi satu, inilah peluang yang cukup baik untuk 'bersihkan' PAS dari 'dicemari' oleh JIM yang dah lama jadi 'ratib' sebahagian golongan ustaz dalam PAS.

Malah dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS bulan lepas Presiden PAS sendiri  cukup keras menempelak 2 Adun tu sebagai BARUA.

Bukan senang-senang kut Presiden PAS yang bertaraf Tok Guru nak boleh keluar gelaran macam tu untuk ahli parti sendiri melainkan 'kesalahan' depa cukup berat.

Pasai tu tak mustahil 2 Adun 'barua' tu akan dikenakan tindakan dipecat dari menjadi ahli. Dan tak mustahil juga, mesyuarat JKK PAS Pusat hari ni akan jadi mesyuarat paling 'panas'.

Kalau JKK PAS Pusat yang buat keputusan untuk kes ni, walau apa pun keputusannya nanti, aku yakin ianya akan menambahkan lagi 'pergeseran' dikalangan ahli JKK PAS Pusat sendiri.

Sebab tu macam yang pernah aku ulas pasai isu ni sebelum ni, aku mengharapkan JKK PAS Pusat serah saja kes ni kepada Jawatankuasa Disiplin untuk siasat dan buat pertimbangan.

Tak payah la cari reba, lagi pun dok ada belambak lagi benda yang sepatutnya JKK PAS Pusat bincang dan tangani melalui mesyuarat sebulan sekali tu.

Lagi pun apa guna ada Jawatankuasa Disiplin tapi langsung tak difungsikan. Bagilah peluang untuk ahli Jawatankuasa Disiplin buat kerja sama.

Cumanya, aku kesian pulak kat 2 Adun tu, kalau serah kepada Jawatankuasa Disiplin maknanya depa kena tunggu lagi dan terpaksa hadapi persepsi negatif termasuk dilabel sebagai pengkhianat dari sebahagian penyokong, ahli dan pimpinan PAS yang anggap depa berdua dah lakukan kesalahan yang cukup besar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...