Kecuali kalau Mat Sabu kata tak boleh contohi Rasulullah kena contohi Jokowi 100%. Kalau macam tu, bukan takat 50 orang tu saja tak patut sokong tapi seluruh ahli dan penyokong PAS akan belasah Mat Sabu.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Perwakilan dari Terengganu, Mohd Nor Hamzah, hari ini memberikan sebab kenapa perwakilan Pemuda termasuk dari Terengganu keluar meninggalkan dewan muktamar ketika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.
"Pemuda lari kerana timbalan presiden meminta kita menyokong Jokowi, sedangkan Jokowi disokong kuat oleh Amerika. Kita perlu contohi Rasulullah," katanya yang juga ketua penerangan PAS Terengganu merujuk kepada presiden Indonesia yang baru dipilih, Joko Widodo. - TMI.
Apa masalahnya mencontohi apa yang baik dari carakerja Jokowi terutamanya selepas terbukti cara dan kaedah yang Jokowi gunakan terbukti berjaya menarik sokongan rakyat Indonesia mengundi dia sebagai Presiden Indonesia yang baru.
Aku yakin Mat Sabu tak maksudkan nak tiru 100% Jokowi, dan tentunya kalau nak tiru pun akan pastikan tak bercanggah dengan dasar dan perlembagaan parti yang berpandukan Al-Quran, Hadith, Ijma' Ulama dan Qias.
Lagi pun, contoh Jokowi di Indonesia yang majoritinya adalah orang Islam yang Mat Sabu gunakan sangat-sangat jelas dan mudah untuk diambil iktibar bagaimana Jokowi berjaya memenangi pilihanraya Presiden Indonesia mengalahkan Probowo yang lebih didukung Partai Islam.
Kecuali la kalau Mat Sabu kata tak boleh contohi Rasulullah dan kena contohi Jokowi 100%. Kalau macam tu, bukan takat 50 orang tu ja tak patut sokong tapi seluruh ahli dan penyokong PAS akan belasah Mat Sabu dan akan gesa Mat Sabu dipecat.
Kalau nak pertahankan aksi BANGANG dari Terengganu pun agak-agak la sama, tak payah la pasai nak pertahankan jugak sampai terpaksa bagi alasan yang jugak BANGANG.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis