Tindakan BANGANG perwakilan boikot ucapan Mat Sabu tu memalukan Presiden dan MSU | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 17, 2014

Tindakan BANGANG perwakilan boikot ucapan Mat Sabu tu memalukan Presiden dan MSU

Tindakan BANGANG perwakilan pemuda keluar masa Mat Sabu berucap tu sebenarnya memalukan Presiden dan Majlis Syura Ulama'. Setara tu saja golongan yang kononnya nak mempertahankan Presiden dan Majlis Syura Ulama'.

Malaysiakini melaporkan:
Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.' - Mkini.
Terus-terang aku nak kata tindakan perwakilan Muktamar Pemuda PAS Pusat yang keluar masa Mat Sabu baru memulakan ucapan perasmian adalah tindakan yang BANGANG POLITIK.

Lebih bangang lagi bila yang keluar tu siap pakai vest bertulis "Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama" dan lebih bertambah BANGANG bila yang keluar tu cuma kira-jira 50 orang berbanding

Depa tak sedar yang depa mungkin mengujudkan persepsi cuma kira-kira 50 orang perwakilan yang bersama Presiden dan majlis Syura Ulama manakala lebih 700 yang lain tidak.

Takkan kut depa nak bagitau sebenarnya ramai lagi yang bersama depa tapi pilih untuk tak keluar dewan muktamar bersama depa. Nampak lagi bertambah bangang la kalau depa kata macam tu.

Kalau pun ada yang macam tu takkan kut jumlah depa ramai sangat malah kalau yang keluar dari dewan tu lebih separuh pun maknanya ada hampir separuh perwakilan Pemuda yang tak bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama. PAS.

Bertambah-tambah lagi nampak BANGANG bila Harakahdaily melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan keluar dewan adalah perkara biasa dan bukan suatu protes.

"Biasa je bila orang keluar dewan, lagi pun tadi sudah masuk waktu Asar dan mungkin mereka ingin ke tandas.

"Saya tidak nampak ia sebagai protes," katanya sebagai respons kepada tindakan beberapa perwakilan pemuda yang keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 hari ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tindakan itu tidak wajar. - Hrkh.
Agak-agak apa yang akan Presiden PAS jawab kalau wartawan minta ulasan. Aku yakin Presiden PAS takkan sokong tindakan depa yang BANGANG tu.

Lebih teruk lagi tindakan BANGANG perwakilan pemuda keluar macam Mat Sabu berucap tu sebenarnya memalukan Presiden dan Majlis Syura Ulama'. Setara tu saja golongan yang kononnya nak mempertahankan Presiden dan Majlis Syura Ulama'.

Bab depa yang BANGANG tu satu hal, yang lebih aku mushkil sapa dibelakang idea dan tindakan BANGANG tu. Kalau betul nak 'memalukan' Timbalan Presiden PAS pun buat la cara lain.

Kalau nak beraksi 'kurang ajar' sepatutnya depa buat aksi sampai Mat Sabu menghentikan ucapan dia, baru la sesuai dengan sifat kepemudaan yang berani berdepan dengan 'musuh', bukannya lari dari 'musuh'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...