Salute! Rupanya Saari Sungip awal-awal tolak dari dilantik Exco | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 26, 2014

Salute! Rupanya Saari Sungip awal-awal tolak dari dilantik Exco

Walauupun tindakan berani tu buka peluang yang cukup luas untuk Saari Sungip dilantik jadi Exco Selangor tapi dia awal-awal lagi tolak jawatan tu.

mStar melaporkan:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat.

Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai. - mStar.
mStar juga melaporkan:
"Saya akan tarik diri sekiranya nama saya tersenarai sebagai exco. Semalam (Rabu) pun saya secara peribadi telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada menteri besar supaya tidak meletakkan nama saya dalam barisan exco," katanya ketika dihubungi mStar Online. - Ibid.
Bab ni aku cukup salute Adun Hulu Selangor, YB Saari Sungip.

Macam yang aku tulis dalam entry aku sebelum ni, dengan aksi Saari Sungip bersama Adun Morib menyokong tindakan PKR mencalonkan Dr. Wan Azizah sebagai MB Selangor yang menatijahkan Dr. Wan Azizah ada suara majoriti, sebenarnya buka peluang yang cukup luas untuk dia dilantik jadi Exco tapi dia awal-awal lagi tolak jawatan tu.

Memang sepatutnya pun PKR 'mengiktiraf' sokongan Saari dan Hasnol tu dan bagi jawatan Exco Selangor adalah salah satu cara yang cukup sesuai untuk mengiktiraf depa berdua.

Aku sebenarnya tak berapa nak respek sangat Saari Sungip ni, kecualli sebab dia ditahan dalam ISA, aksi dia dalam politik 'tak berapa cantik'. Gerakan dia bersama IRC kemudian sokong pembangkang bersama JIM lepas tu bertanding Parlimen Paya Besar atas tiket PKR pada PRU2004 sebelum menang di Dun Hulu Kelang atas tiket PAS pada PRU2008 dan 2013.

Tambah-tambah bila dia dan Adun Morib tiba-tiba boleh sokong PKR yang mencalonkan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor siap tandatangan SD, pada aku ada yang tak kena dengan Adun Hulu Kelang ni walaupun ramai member yang iktiraf depa berdua sebagai 'hero' sebab selamatkan Selangor dari jadi 'Kerajaan UG'.

Tapi bila Saari Sungip kena belasah oleh 'geng ustaz' dan kemuncaknya kena belasah secara 'peribadi' oleh TG Hj Hadi masa ucapan penangguhan Muktamar minggu lepas aku rasa Saari Sungip dah teruk sangat 'dizalimi' tanpa peluang bela diri.

Tambahan pulak TG Hj Hadi sendiri masa program 'Taklimat Isu Terkini' di Terengganu (Video ke 2 minit ke 15) macam kata tindakan tak diambil sebab 'takdak bukti' bila ada yang tanya "Hukuman kepada 2 Adun tu bila agaknya?"

Kalau betul PAS anggap 'pengkhianat' dengan kesalahan yang cukup besar patutnya Saari Sungip segera dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS dan diambil tindakan seberat-beratnya kalau didapati bersalah melanggar bai'ah.

Ataupun mungkihkah depa berdua tak dihadapkan ke Lembaga Disiplin pasai bimbang depa akan didapati tak bersalah sebab Lembaga Disiplin PAS benar-benar 'bebas'...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...