Perlantikan Exco Selangor Selesai tapi dalam PAS sendiri pulak tak sekata | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 27, 2014

Perlantikan Exco Selangor Selesai tapi dalam PAS sendiri pulak tak sekata

Nampak sangat-sangat tak elok bila kenyataan PAS Selangor bercanggah dengan kenyataan PAS Pusat dalan isu koata Exco Selangor ni, tolong la jangan lagi tambah persepsi buruk untuk PAS. 

Kredit imeh: Sinarharian
Harakahdaily melaporkan:
PKR mendapat tambahan satu kerusi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Da‎royah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari, sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.

Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Beliau memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan bersetuju supaya jawatan itu disandang oleh PAS bagi
mewakili Pakatan Rakyat. - Ibid.
Walaupun majlis angkat sumpah Exco Selangor dah selesai tapi nampaknya kemelut di Selangor masih belum selesai. Lebih menjengkelkan PAS sendiri nampaknya masih lagi macam nak tunjuk dalam PAS sendiri masih tak boleh berpakat elok-elok.

Harakahdaily melaporkan:
PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa telah bersetuju agar bilangan exco PAS di dalam kerajaan negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

PAS negeri, jelasnya juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya yang juga Adun Paya Jaras dalam satu kenyataan. - Hrkh.
Harakahdaily dalam artikel lain melaporkan:
PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily. - Hrkh
Tak boleh ka bincang elok-elok lepas tu keluarkan kenyataan yang satu nada satu bahasa. Nampak sangat-sangat tak elok bila kenyataan PAS Selangor bercanggah dengan kenyataan PAS Pusat dalan isu koata Exco Selangor ni.

Lagi satu, dalam kemelut di Selangor ni tolong la jangan lagi tambah persepsi buruk untuk PAS. Cukup la setakat yang dah ada. Dengan aksi Presiden PAS yang macam tak tetap pendirian ditambah pulak isu 'barua' 2 Adun PAS Selangor pun dah cukup buat sebahagian rakyat untuk muak dengan PAS.

Apa pun Harakahdaily dalam artikel pertama juga melaporkan:
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini, katanya exco-exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, tegas beliau PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut. - Hrkh.
Dan dalam artikel kedua juga melaporkan:
Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. - Ibid.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...