Punca sebenar kekalahan PAS di PRK Pengkalan Kubur | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 26, 2014

Punca sebenar kekalahan PAS di PRK Pengkalan Kubur

Bab pengundi luar tak balik penyebab PAS kalah PRK Pengkalan Kubur ni aku mushkil sikit pasainya Harakahdaily lapor macam lain. Takkan Harakahdaily dan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi. - TMI.
Aku yakin ramai penyokong PAS tertanya-tanya apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.

Kalau ada yang tanya aku apa punca sampai boleh kalah teruk, jawapan mudah aku "Pasai apa lagi, PAS kalah PRK Pengkalan Kubur tu pasai pengundi hantu laa..." yang tentunya aku jawab dengan nada sarkastik.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:
Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat. - Mkini.
Mungkin betul 'masalah dalaman' kalau takat macam yang Ust Tuan Ibrahim maksudkan tu bukan punca kekalahan tapi masalah dalaman yang ditonjolkan melalui krisis perlantikan MB Selangor dan dihebatkan lagi melalui Muktamar Agung PAS baru-baru ni tentu punya bagi kesan yang cukup besar kepada undi di PRK Pengkalan Kubur ni.

Malaysiakini juga melaporkan:
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka. - Ibid.
Bab Umno BN beli undi ni tak berbangkit kut, pasainya masa semua kempen pilihanraya terutama sekali PRK Umno BN memang berhabis bab nak beli undi ni tapi ada jugak PRK yang Umno BN tetap kalah.

Malaysiakini juga melaporkan:
Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. - Ibid.
Bab pengundi luar tak balik penyebab calo PAS kalah PRK Pengkalan Kubur ni aku mushkil sikit pasainya Harakahdaily ada melaporkan:
PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja. - Hrkh.
Takkan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut.

Malaysiakini juga melaporkan:
Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik. - Ibid.
Bab pengundi muda ni aku yakin majoritinya dah meluat dengan PAS dan PR. Anak muda yang majoritinya ada akses internet tentu ada persepsi yang kurang elok tentang PAS dan PR hasil aksi mengarut PAS dan PR isu krisis MB Selangor.

Apa pun, aku yakin PAS akan buat postmortem kekalahan PRK Pengkalan Kubur ni dan aku harap PAS ambik pengajaran kekalahan calon PAS PRK kali ni.

Dan macam biasa kita yang bukan pimpinan PAS takkan berpeluang pun untuk baca hasil postmortem tu nanti, kecuali la kalau ada yang sanggup jadi 'barua' bocorkan kertas hasil postmortem tu...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...