Presiden PAS setuju terima kalau Sultan pilih Adun PAS sebagai MB Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 21, 2014

Presiden PAS setuju terima kalau Sultan pilih Adun PAS sebagai MB Selangor

Mungkinkah sebenarnya walaupun kata tak pelahap tapi Presiden PAS ada sikit perasaan kemaruk dan sebenarnya Presiden PAS berharap sangat-sangat Sultan Selangor akan pilih Adun PAS sebagai MB Selangor?

Harakahdaily dalam berita bertajuk "PAS tidak 'pelahap' jawatan MB Selangor" melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak 'pelahap' dengan jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Pusat kali ke-60 di Parit Raja, petang ini. - Hrkh.
Aku memang setuju dengan kenyataan tu, memang PAS bukan saja tak pelahap tapi dilihat tak pelahap dengan jawatan MB Selangor tu.

Walaupun dari segi kerusi PAS menang ada hak untuk tuntut jawatan tu selepas PRU13 tapi atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, PAS tetap bagi laluan kepada MB dari kalangan Adun PKR.

Yang aku mushkilnya, kalau betul PAS tak pelahap jawatan MB Selangor, pasai apa Presiden PAS tak gunakan pentas muktamar untuk mengukuhkan lagi pendirian PAS tu dalam keadaan semua mata tertumpu di Muktamar PAS di Parit Raja tu,

Pasai apa Presiden PAS tak dengan tegas dan terang kata PAS akan tolak kalau Sultan Selangor pilih Adun PAS sebagai MB Selangor yang baru tapi memilih untuk membelasah Adun sendiri yang kononnya 'menderhaka' kepada parti.

Sikap Presiden PAS yang tak tegas jitu dan terang malah dilihat tak konsisten dalam isu MB Selangor ni ,mengujudkan persepsi yang buruk bukan saja kepada batang tubuh TG Hj Hadi tapi juga kepada PAS secara umumnya.

Mungkinkah sebenarnya walaupun kata tak pelahap tapi Presiden PAS ada sikit perasaan kemaruk dan sebenarnya Presiden PAS berharap sangat-sangat Sultan Selangor akan pilih Adun PAS sebagai MB Selangor?

Ataupun sebenarnya Presiden PAS lebih sanggup untuk mungkir janji yang kata jawatan MB Selangor adalah milik PKR, sanggup tengok Pakatan Rakyat terus bercakaran, malah lebih parah lagi sanggup tengok pemimpin, ahli dan penyokong PAS terus cempera semata-mata demi untuk 'sembah taat setia' kepada kehendak Sultan Selangor?

Aku sebenarnya rasa sangat terkilan dalam isu yang cukup 'menggoncang' parti ni tapi Muktamar PAS Pusat yang bersidang kali ke-60 tak buat satu keputusan dan ketetapan dalam isu MB Selangor.

Yang lebih aku kesalkan, Presiden PAS memilih untuk buka lebih luas gelanggang untuk bukan saja Pakatan Rakyat bercakaran tapi lebih malang mungkin akan menyebabkan PAS jadi lebih cempera dengan buat kenyataan peribadi serang 2 Adun PAS yang calon pilihan PKR dan DAP sebagai MB Selangor.

Gelanggang tu sebenarnya cukup 'luas' pasai calon yang 2 Adun PAS sokong tu salah satu dari dua nama yang mesyuarat JKK Pusat sendiri putuskan dan 2 Adun tu pulak dituduh dibeli oleh PKR.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...