Presiden PAS bakal disaman Adun PAS Dun Hulu Kelang dan Morib? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 21, 2014

Presiden PAS bakal disaman Adun PAS Dun Hulu Kelang dan Morib?

Kalau Adun Hulu Kelang dan Morib ambil tindakan saman Presiden PAS pasai tuduh 'dibeli' pun aku tak heran pasai depa dah dimalukan oleh Presiden parti depa sendiri tanpa usul periksa.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar membuktikan beliau "dibeli" seperti didakwa dalam ucapan penggulungan presiden PAS itu semalam.

Adun PAS itu berkata beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak melakukan pelbagai kerosakan. - TMI.
Macam yang aku tulis komen dalam facebook, kalau aku la duduk kat tempat Pak Abu, memang kompom aku akan arahkan peguam hantar notis mohon Presiden PAS minta maaf secara terbuka dan kalau dia enggan kompom aku akan arahkan peguam hantar notis saman.

Aku yakin Saari Sungip yang juga dikenal sebagai Pak Abu masuk PAS untuk bantu PAS memertabatkan Islam dibumi Malaysia. Aku yakin Pak Abu pun tak 'pelahap' dengan jawatan sebagai Adun.

Dalam keadaan dia bertindak dengan tujuan nak selamatkan Pakatan Rakyat tiba-tiba dia dituduh menjual diri kepada PKR.

Lagi pun, aku yakin masa tu Saari Sungip langsung tak difahamkan apa sebenarnya 'plan' PAS Pusat berkenaan isu MB Selangor tu atau lebih tepat lagi apa 'plan peribadi' Presiden PAS.

Kalau Adun Hulu Kelang dan Morib ambil tindakan saman Presiden PAS pun aku tak heran pasai depa dah dimalukan oleh Presiden parti depa sendiri tanpa usul periksa, tanpa peluang untuk membela diri. Depa ada hak untuk menjaga masuah dan nama baik depa.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Pada 14 Ogos lepas, Saari dan Hasnul bersama-sama 28 lagi Adun PKR dan DAP Selangor menandatangani SD untuk menyatakan mereka hilang keyakinan terhadap Khalid dan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Disebabkan Saari dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah, usaha mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor dengan sokongan PAS dan Umno digagalkan.

Saari berkata apa yang beliau dan Hasnul katakan pada ketika itu untuk menafikan apa yang dilakukan Khalid.

"Bagaimanapun peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Adun Hulu Klang penggal kedua itu berkata, kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan PR di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...