Presiden PAS guna Kuasa Veto putuskan Saari dan Hasnul bersalah tanpa bicara? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 21, 2014

Presiden PAS guna Kuasa Veto putuskan Saari dan Hasnul bersalah tanpa bicara?

Adakah Presiden PAS juga ada KUASA VETO dalam bab masalah disiplin dan lebih selesa gunakan KUASA VETO tu putuskan Saari Sungip dan Hasnul Baharudin sebagai bersalah.

Dalam Ucapan penggulungan Presiden semalam, TG Hj Hadi secara jelas semacam dah pun anggap Saari Sungip Adun Hulu Kelang dan Hasnul Baharudin Adun Morib sebagai bersalah bila depa berdua buat tindakan tandatangan SD sokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Presiden PAS dalam ucapan tu berkata:
"Kita tidak memandang ringan 2 wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua semua ada."
Pada aku tuduhan tu sangat berat dan depa berdua sepatutnya dipanggil membela diri sebelum diputuskan salah atau tidak.

mStar pada 18 September melaporkan:
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menegaskan mereka berada di pihak benar dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan daripada Jawatankuasa Disiplin parti berhubung tindakan membelakangi parti dalam krisis politik di Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengakui tiada sebarang panggilan telefon mahupun surat tunjuk sebab diberikan supaya tampil memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong, walaupun pelbagai amaran dan desakan dikeluarkan.

"Sehingga hari ini masih tak ada sebarang panggilan telefon mahupun surat rasmi yang saya terima. Yang ada hanyalah khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan hinaan daripada pihak-pihak yang berang dengan tindakan saya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat Selangor.

"Jika dipanggil saya bersiap sedia, hadir dengan membawa saksi dan peguam jika diperlukan. Saya akan memberikan penjelasan dan membela diri berhubung pendirian yang dinyatakan pada sidang media 14 Ogos lalu," kata Saari kepada mStar Online pada Khamis. - mStar.
Kalau betul tindakan Saari dan Hasnol tu salah dan satu pengkhianatan kepada PAS, pasai apa depa tu tak dikenakan tindakan disiplin.

Kalau betul tindakan Saari dan Hasnol tu salah dan satu pengkhianatan kepada PAS pasai apa takdak apa-apa tindakan rasmi yang PAS ambil dan biarkan isu ni berlarutan lebih sebulan.

Yang lebih aku heran lagi, kalau betul tindakan Saari dan Hasnol tu salah dan satu pengkhianatan kepada PAS, pasai apa usul yang Dewan Ulamak luluskan iaitu mendesak Jawatankuasa Tatatertib PAS mengambil tindakan disiplin, tidak dibentang dan dibahaskan dalam Muktamar peringkat PAS Pusat.

Ataupun macam yang aku update dalam facebook, adakah Presiden PAS juga ada KUASA VETO dalam bab masalah disiplin dan lebih selesa gunakan KUASA VETO tu putuskan Saari Sungip dan Hasnul Baharudin sebagai bersalah tanpa perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, JKK PAS Pusat atau Majlis Syura Ulama?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...