PKR akan pecat Azmin kalau dipilih Sultan dan terima jawatan MB Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 22, 2014

PKR akan pecat Azmin kalau dipilih Sultan dan terima jawatan MB Selangor?

Taktau la pulak kalau ada yang tak rasa 'geligut' nak sembah derhaka tolak pilihan Sultan sebagai MB Selangor dalam majlis istiadat macam tu. Bab nak kena pecat atau undi tak percaya belakang kira.

[Image kredit TheMalaymailOnline]
Malaysiakini melaporkan:
Walaupun peluangnya dilihat makin tipis, PKR sehingga ke saat akhir masih berharap istana dapat memilih presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor.

Di samping memohon menghadap sultan Selangor, PKR pada masa yang sama menegaskan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Azizah tidak berubah. - Mkini.
Nampaknya PKR masih jugak berkeras nak Dr. Wan Azizah jugak sebagai MB Selangor walaupun pihak Istana Selangor dah bagi hint yang cukp jelas yang Sultan Selangor tau mau bagi jawatan MB Selangor tu kat Dr. Wan Azizah.

Aku tak pasti sampai tahap mana PKR berani nak 'sembah derhaka' macam tu, tarutama sekali dalam keadaan PAS sebagai rakan kongsi PR tak sokong keputusan PKR ni dan sokongan dari DAP walaupun ada hampi takdak makna kalaupun mungkin tak menambahkan lagi masalah.

Mkini juga melaporkan:
“PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan ahli-ahli dewan negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah,” kata setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution.

“Oleh yang demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah.” - Ibid.
Dalam perkembangan berkaitan Sinarharian melaporkan:
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, calon menteri besar selain Wan Azizah mungkin berhadapan dengan risiko dipecat daripada parti sekiranya individu tersebut menerima pelantikan jawatan tersebut.

“Kalau calon tersebut daripada PKR, mungkin dia dikatakan melanggar ketetapan parti dan berhadapan dengan kemungkinan dipecat dari parti ( jika dia terima pelantikan tersebut) seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Sinarharian.
Kalau la Sultan umum nama Azmin sebagai MB Selangor aku pun tak pasti apa tindakan Azmin.

Ada kemungkinan besar Azmin akan tolak perlantikan tu kalau tak dapat sokongan dari Adun PKR tambah-tambah kalau betul nantinya dia akan dipecat dari PKR.

Pun begitu aku rasa hampir mustahil Azmin akan berani tolak jawatan MB Selangor tu tambah-tambah kalau nama dia diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor dan cuma diumumkan pertama kali dalam Majlis Istiadat pada hari Selasa di dalam Balairong Seri Istana pulak tu.

Taktau la pulak kalau ada yang tak rasa 'geligut' nak sembah derhaka tolak pilihan Sultan sebagai MB Selangor dalam majlis istiadat macam tu. Bab nak kena pecat atau undi tak percaya belakang kira.

Masa tu aku yakin masing-masing Adun akan tengok sesama sendiri dan mau tak mau nama yang Sultan umumkan tu akan 'terpaksa' tampil ke depan untuk upacara angkat sumpah sebagai MB Selangor.

Lebih kurang macam tu jugak kut kalau nama Adun mana pun diumum macam tu, kecuali la kut kalau nama Saifuddin, Mat Sabu atau Sani Hamsan dan yang sewaktu dengannya, mungkin depa-depa ni ada keberanian tapi depa-depa ni bukannya ada dalam majlis Istiadat Perlantikan Menteri Besar Selangor pada Selasa ni.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...