Kalau 2 berita ni tepat maknanya tinggal 2 calon yang akan Sultan akan lantik sebagai MB Selangor samada Azmin Ali ataupun Dr. Yunus Hairi.
AstroAwani melaporkan:
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.
Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut. - AstroAwani
Nampak macam kompom la kut yang Pesuruhjaya PAS Selangor ni bukan bakal MB Selangor yang akan angkat sumpah pada Selasa ni. Kalau tak kompom nama lain dah naik takkan dia berani keluarkan kenyataan macam tu.
AstroAwani juga melaporkan:
"Saya difahamkan bukan saya.mStar pada Sabtu dalam berita bertajuk "Sultan Selangor 'Temuduga' Azmin, Iskandar, Ahmad Yunus Untuk MB" melaporkan:
"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini. - Ibid.
Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.Kalau 2 berita ni tepat maknanya yang akan Sultan lantik sebagai MB Selangor samada Azmin Ali ataupun Dr. Yunus Hairi.
Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).
Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu. - mStar.
Azmin sebelum ni umumkan dia sokong pencalonan Presiden PKR Dr. Wan Azizah walaupun PAS juga mencalonkan nama dia selepas bermesyuarat pada 17 Ogos.
PKR kelmarin menafikan beri restu kepada Azmin macam yang dilaporkan mStar:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu menafikan dakwaan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi restu kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya beliau dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. - mStar.Nama Dr. Yunus pulak aku langsung tak fikir akan dipilih pasainya dia ni langsung tak popular, tapi taktau la pulak kalau nama dia termasuk dalam senarai 3 nama yang Presiden PAS hantar secara peribadi kepada Sultan Selangor.
Senarai yang Presiden hantar tu dia rahsiakan atas sebab 'takmau mendahului sultan' walaupun dalam mesyuarat pada 17 Ogos JKK PAS Pusat buat keputusan untuk hantar nama Azmin dan Dr. Wan Azizah.
Tak kira la sapa pun yang Sultan Selangor pilih selain dari Dr. Wan Azizah yang katanya ada sokongan majoriti Adun, kerajaan Selangor takkan stabil dan bertahan lama.
Macam yang aku pernah sembang dengan kawan-kawan, kalau Umno sebenarnya yang jadi 'penasihat' kepada Sultan Selangor, Dr. Yunus adalah calon yang paling 'sesuai' untuk pastikan PAS dan PR akan terpaksa tanggung 'reba' yang paling besar berbanding calon-calon lain.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis