Cubaan Ust Tuan Ibrahim bela Presiden nampak tak relevan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 22, 2014

Cubaan Ust Tuan Ibrahim bela Presiden nampak tak relevan

Macamana pulak boleh terjemahkan makna 'beli' tu dengan 'harga diri jangan mudah dibeli' sedangkan 'harga diri' tu pun dikaitkan dengan 'dibeli'.


Malaysiakini melaporkan:
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkataan "broker" yang disebut Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya di muktamar kelmarin tidak merujuk urusan "jual beli yang menggunakan wang".

Bercakap kepada pemberita di markas PAS di Pengkalan Kubor, Tuan Ibrahim sebaliknya berkata ucapan itu merujuk kepada maruah yang mudah untuk dijual beli. - Mkini  
Kesian Ust Tuan Ibrahim terpaksa pulak cuci 'reba' yang TG Presiden buat. Nak buat macamana, kalau tak cuci takut bagi kesan teruk sangat untuk PRK Pengkalan Kubur yang dia jadi Pengarah Induk

Masalahnya cuci la lagu mana pun, persepsi buruk dah tertanam dan aku tak rasa persepsi buruk hasil istilah 'dibeli' boleh dibaiki mudah-mudah tambah-tambah kalau hujjah pembelaan tu pun berapa nak relevan.

Tak kira la beli dengan wang ka atau dengan apa pun, tuduhan 'dibeli' tu tetap satu tuduhan yang melibatkan harga diri pihak yang dituduh yang sepatutnya perlu ada bukti kalau nak tuduh, tambah-tambah yang dituduh tu anak buah sendiri.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Ucapan itu bukan bermakna beli dengan duit. Beli itu bermakna maruah diri. Harga diri kita jangan mudah dibeli. Itu saya rasa apa yang dimaksudkan presiden," katanya. - Ibid.
Aku nampak ayat 'hujjah pembelaan' tu macam langsung tak kena. Macamana pulak boleh terjemahkan makna 'beli' tu dengan 'harga diri jangan mudah dibeli' sedangkan 'harga diri' tu pun dikaitkan dengan 'dibeli'.

Pusing la kut mana pun, aku tak nampak 'hujjah pembelaan' Ust Tuan Ibrahim ni relevan dan aku rasa Ust Tuan Ibrahim pun sebenarnya takdak 'hujjah pembelaan' yang dia sendiri boleh terima.

Apapun, aku harap 'hujjah pembelaan' Ust Tuan Ibrahim ni tak jadi sia-sia macam cubaan dia nak pertahankan Presiden sebelum ni macam yang aku ada ulas dalam posting aku sebelum ni.

Sungguh-sungguh Ust Tuan Ibrahim kata dia pun setuju dengan 'hasrat' TG Hj Hadi nak Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai 'satu pilihan yang sultan ada' tiba-tiba tak lama lepas tu TG Hj Hadi boleh nafikan pulak dia ada bagitau hasrat nak Khalid Ibrahim dikekalkan masa pertemuan dengan Ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...