TG Hj Hadi nafi masih pertahankan Khalid tapi Ust Tuan Ibrahim mempertahankan pulak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 14, 2014

TG Hj Hadi nafi masih pertahankan Khalid tapi Ust Tuan Ibrahim mempertahankan pulak?

Ada teori yang kata ada kemungkinan besar TG Presiden PAS hantar nama Khalid Ibrahim sebagai calon MB Selangor bersama 2 nama lain yang dihantar kepada Sultan Selangor.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal" melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.
"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.
Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata:

"Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada." - Ibid.
Aku malas nak buat kesimpulan atau persepsi kat sini, hanya nak melaporkan saja pasai berkaitan dengan posting aku semalam yang bertajuk "Di mana logiknya TG Presiden masih jugak nak kekalkan Khalid sebagai MB Selangor?"

Dalam perkembangan berkaitan TheMalaysianInsider pulak melaporkan:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man senada dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kewajaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan bagi mengakhiri kemelut kepimpinan Selangor dalam Pakatan Rakyat (PR).

Naib presiden PAS itu sedar walaupun Khalid sukar untuk dikekalkan sebagai menteri besar Selangor namun keputusan akhir tetap terletak di tangan Sultan Selangor.

"Itu hasrat (Hadi). Bagaimanapun isu ini sudah sampai pihak istana. Bagi PAS, kita tunggu titah Tuanku. Kita yakin titah Tuanku dan kita akan akur apa saja yang diputuskan Tuanku. - TMI.
Berita ni pun aku malas nak buat kesimpulan dan persepsi kat sini.

Cumanya aku memang ada dengar ada teori yang kata ada kemungkinan besar TG Presiden PAS hantar nama Khalid Ibrahim sebagai calon MB Selangor bersama 2 nama lain yang dihantar kepada Sultan Selangor.

Aku memang tak berapa nak boleh terima rasionalnnya tu tapi masalahnya dalam isu krisis MB Selangor ni apa teori siri tindakan Presiden PAS yang memushkilkan tu yang boleh aku terima?

Setakat ni memang takdak.

Apa pun, tolong la jangan minta aku wala' pasai 'TG Hj Hadi ada mimpi jumpa nabi, hang pernah ka...', bukan aku nak nafikan bab hebatnya orang yang mimpi jumpa nabi ni, tapi sesuai ka dijadikan hujjah untuk merasionalkan siri tindakan politik.

Hangpa agak-agak orang kuat DHPP boleh terima ka 'hujjah' tu kalau aku cerita kat depa...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...