Fasal berkenaan Majlis Syura Ulama PAS pun Salahuddin patut kaji juga | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 22, 2014

Fasal berkenaan Majlis Syura Ulama PAS pun Salahuddin patut kaji juga

Pasai tu aku mengharapkan sangat Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti mengkaji dan buat cadangan pindaan perlembagaan berkenaan Majlis Syura Ulama supaya dilihat lebih berkarisma dan dihormati.

Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan membawa cadangan pindaan perlembagaan parti kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi.

Berucap ketika sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-60, Salahuddin berkata, beliau kini sedang menyiapkan draf perlembagaan tersebut dan dibawa ke peringkat tertinggi supaya dipersetujui oleh pimpinan Pas Pusat. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Katanya, antara cadangan yang dibawa seperti tempoh berlangsungnya pemilihan dianjak dari dua tahun kepada tiga tahun.

Selain itu, beliau berkata cadangan yang turut dibawa adalah pertambahan jumlah jawatan sedia ada demi menjadikan perlembagaan lebih dinamik. - Ibid.
Aku cukup setuju Perlembagaan PAS sentiasa dikaji supaya bukan saja lebih dinamik tapi yang lebih penting supaya PAS lebih dihormati.

Selain dari yang Hj Salahuddin kata tu, Lembaga Pemerkasaan Parti juga patut buat pindaan dalam Fasal yang berkait dengan Majlis Syura Ulama PAS (MSU) untuk pastikan Majlis Syura Ulama PAS lebih diperkasakan dan dihormati.

Sekarang ni nampak makin ramai yang nampak macam berani mempertikai Majlis Syura Ulama'.

Sebenarnya depa bukan mempertikaikan Majlis Syura Ulama tapi lebih kepada mempertikaikan ahli Majlis Syura Ulama.

Macam yang pernah aku tilis sebelum ni, aku mengangankan ahli MSU dipilih dari kalangan ahli PAS yang dihormati yang bukan pemegang jawatan utama dalam parti.

Ataupun kalau ahli yang dipilih tu dari kalangan pimpinan utama parti depa haruslah letak jawatan dahulu sebelum dilantik sebagai ahli MSU.

Aku rasa sangat tak selesa bila Ust Zaharuddin, Ust Nashruddin, Ust Idris, Ust Dr. Aman Razali dan Ust Nik Zawawi dibelasah secara terang atas kapasiti depa sebagai Ketua Penerangan Pemuda, Ajk PAS Pusat dan Ajk Dewan Ulamak padahal dalam masa yang sama depa adalah ahli MSU yang ada kuasa tertinggi dalam PAS selepas Muktamar Agung.

Labih dahsyat lagi bila ada yang tuduh ada dari kalangan depa-depa ni mempergunakan kedudukan depa dalam MSU untuk mempertahankan tindakan 'tindakan sulit depa' dalam parti.

Macam tu juga bila MSU buat ketetapan Presiden PAS ada 'kuasa veto' dalam keadaan Presiden PAS adalah salah seorang ahli MSU yang sebelum tu disokong secara terang oleh beberapa pimpinan yang juga adalah ahli MSU.

Keadaan macam tu sangat bertentangan dengan apa yang selalu penceramah PAS momokkan sebelum ni masa membelasah Umno BN.
"Kita bukan saja perlu bersih tapi perlu dilihat bersih, kita bukan saja perlu telus tapi dilihat telus."

Pasai tu aku mengharapkan sangat Hj Salahuddin ub sebagai Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti mengkaji dan buat cadangan pindaan perlembagaan berkenaan Majlis Syura Ulama supaya dilihat lebih berkarisma dan dihormati.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...