Tiba-tiba Utusan mengiktiraf Majlis Syura' Ulama PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 19, 2014

Tiba-tiba Utusan mengiktiraf Majlis Syura' Ulama PAS?

Malah aku yakin akan ada pemimpin Umno yang 'terpengaruh' dan lepas ni akan mainkan sketsa ciptaan Utusan ni kononnya keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat tu bertentangan dan menghina keputusan majlis Syura Ulama PAS

Tg Nik Aziz Nik Mat dan TG Hj Hadi Awang
Berita Utusan dengan tajuk Pas 'persenda' ulama, Majlis Syura? melaporkan:
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan keputusan pimpinan Pas membuat pusingan U dengan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'mempersenda' kumpulan ulama dan Majlis Syura parti itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Pas menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar seolah-olah 'meludah' ke muka sendiri. - Utusan.    
Dalam berita bertajuk 'Ahli Pas perlu bangun pertahan Majlis Syura Ulama' Utusan juga melaporkan:
Ahli-ahli Pas diminta tampil mempertahankan Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam parti itu yang semakin hilang pengaruhnya akibat peranan dimainkan oleh golongan bukan ulama Pas yang membawa agenda tertentu dalam perjuangan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kredibiliti parti itu akan terus tercalar sekiranya suara ulama tidak lagi diutamakan malah ada yang berani mempersoalkan peranannya. - Utusan.
Utusan juga dalam satu tulisan yang cukup beremosi engan tajuk 'Ahli Pas jangan biar suara Majlis Syura Ulama 'hilang' melaporkan:
KEHADIRAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Pejabat Agung Pas untuk menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat kelmarin disambut laungan takbir bertalu-talu oleh hampir 200 penyokong setia parti itu.

Mereka tahu mesyuarat hanya bermula pukul 10 pagi namun sudah berkumpul di pekarangan bangunan itu seawal pukul 9 pagi menggunakan baju berwarna hijau dan berkopiah putih yang menjadi simbol Islam perjuangan Pas sejak penubuhannya pada 24 November 1951.

Ketika lensa kamera ditujukan kepada penyokong itu, mereka segera mengangkat pelbagai sepanduk sebagai tanda sokongan kepada Abdul Hadi. Sebahagian daripadanya tertulis 'kami berdiri teguh di belakang Presiden', 'suara Majlis Syura Ulama mesti dipatuhi' dan 'siapa tidak setia kepada kepemimpinan ulama boleh keluar parti'. - Utusan.
Juga dilaporkan:
Jadi, sudah tentulah penyokong-penyokong Pas yang hadir berpegang kepada pendirian itu. Tetapi berbaloikah kehadiran mereka jika parti yang didokong tiba-tiba sahaja berubah pendirian? Adakah Wan Azizah yang disokong Pas menepati hukum syarak dan mengutamakan rakyat melebihi kepentingan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sidang akhbar yang dikendalikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kira-kira pukul 12 tengah hari sudah diketahui keputusannya iaitu Pas menyokong Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Namun hanya beberapa jam selepas itu, dalam sidang akhbar berlainan selepas mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang, Mohamad menyatakan Pas menerima keputusan hanya Wan Azizah sebagai calon tunggal dan parti itu juga menyokong usaha pakatan untuk mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor.

Pendirian Pas tiba-tiba sahaja berubah. Dua kali pusingan U dalam tempoh beberapa jam. Jika melihat kepada senario ini, jelas sekali Pas bukan sahaja perlu berdepan dengan tekanan daripada PKR dan DAP tetapi daripada dalaman iaitu pertembungan kuasa antara ulama dan bukan ulama. - Ibid.
Ada jugak ka yang akan terpengaruh dengan spin yang Utusan buat ni. Jawapannya memang ada, bukan takat ada tapi cukup ramai sebenarnya terutama sekali golongan yang semacam anggap Utusan setaraf kitab-kitab karangan Ulama' Islam silam.

Malah aku yakin akan ada pemimpin Umno yang 'terpengaruh' dan lepas ni akan mainkan sketsa ciptaan Utusan ni kononnya Keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat tu bertentangan dengan keputusan majlis Syura Ulama PAS.

Kalau setakat penchachai cybertroopers Umno BN memang tak heran langsung pasai sketsa yang lebih teruk malah yang cukup jijik pun biasa jadi wirid depa hari hari.

Apa pun Harakahdaily melaporkan:
Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. - Hrkh.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...