Adun Umno Pengkalan Kubur meninggal dunia, belum apa-apa orang politik sibuk nak PRK? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 20, 2014

Adun Umno Pengkalan Kubur meninggal dunia, belum apa-apa orang politik sibuk nak PRK?

Dalam keadaan isu krisis MB Selangor belum lagi selesai dan ditambah pulak Dun Pengkalan Kubur dalam negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS dan kerusi tu pulak 'milik' PKR untuk letak calon.

Astro Awani melaporkan:
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia. - AstroAwani


Salam takziah untuk keluarga allahyarham.

Bila ada wakil rakyat meninggal perkara pertama mai kat kepala otak ahli politik adalah Pilihanraya Kecil.

Aku yakin PRK Dun Pengkalan Kubur ni akan jadi cukup menarik.

Dalam keadaan isu krisis MB Selangor belum lagi selesai dan ditambah pulak Dun Pengkalan Kubur dalam negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS dan kerusi tu pulak 'milik' PKR untuk letak calon.

Ditambah lagi Dun tu sebelum ni dimenangi oleh calon Umno tapi Dun tu terletak dalam Parlimen Tumpat yang dimenangi calon PAS.

Ramuan yang bercampur-campur maxam tu memang rencah yang cukup sesuai untuk jadi PRK paling menarik.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...