Walaupa pun, segala penyelewengan, salahlaku dan aksi bangang yang terdedah sempena krisis MB Selangor akan Umno BN guna sebagai peluru masa PRU akan datang dan mungkin akan terus Umno BN gunakan untuk PRU seterusnya malah tak mustahil Umno BN akan gunakan sampai kiamat.
Harakahdaily melaporkan:
Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.Aku mengharapkan sketsa MB Selangor ni akan selesai dengan baik dalam sikit masa lagi. Bila Sultan Selangor balik dari luar negara Wan Azizah akan mengadap sultan bagitau dia ada sokongan majoriti. Rasanya takdak masalah kut pasai Wan Azizah ada sokongan lebih 2/3 wakil rakyat Dun Selangor.
"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini. - Ibid.
Tapi taktau la pulak kalau Khalid Ibrahim sanggup sampai minta bubar Dun dan Sultan pulak perkenankan. Kalau macam tu senarionya besar kemungkinannya Umno BN boleh rampas balik negeri Selangor.
Pasainya bersempena isu nak tukar MB Selangor ni cukup banyak Pakatan Rakyat bagi peluru untuk Umno BN. Bukan calang-calang punya peluru pulak tu. Macam-macam aksi BANGANG terdedah yang didedah sendiri samada inter parti maupun intra parti.
Bukan kata pengundi atas pagar akan beralih arah mengundi calon Umno BN tapi tentu punya akan ada ahli dan penyokong parti-parti PR yang terkalih sama. Malah aku tak heran langsung kalau ada yang sampai sanggup sabotaj parti sendiri.
Walaupa pun, segala penyelewengan, salahlaku dan aksi bangang yang terdedah sempena krisis MB Selangor akan Umno BN guna sebagai peluru masa PRU akan datang dan mungkin akan terus Umno BN gunakan untuk PRU seterusnya malah tak mustahil Umno BN akan gunakan sampai kiamat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis