Harapan cerah PAS jadi MB Selangor: Tak payah nak berangan la kut... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 21, 2014

Harapan cerah PAS jadi MB Selangor: Tak payah nak berangan la kut...

Macam aku selalu sebut, tobat lahom la PKR nak bagi kerusi tu Menteri Besar Selangor kepada PAS. Tara calon untuk kerusi Dun dan Parlimen pun jenuh bertengkaq pun depa takmau bagi walaupun jelas sangat depa takdak kekuatan langsung

Sinarharian dengan tajuk "Iskandar layak jika sultan tolak dua calon" melaporkan:
Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad layak dilantik Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, Pas boleh mencadangkan nama Iskandar jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak dua calon dari PKR dan mahu Pas memberi calon dari parti itu.- Sinarharian.
Juga dilaporkan:
“Jika itu yang terjadi, Pas boleh cadangkan Iskandar kerana beliau sememangnya layak, ada pengalaman luas dan dilihat mampu menerajui Selangor.

“Iskandar juga ahli Exco. Saya yakin dengan kelebihan itu Iskandar mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu di Selangor,” katanya mengulas situasi jika Sultan Selangor menolak calon dicadang PKR dan mahu Pas menamakan calon lain daripada parti mereka. - Ibid.
Sebelum tu ThemalaysianInsider ada melaporkan:
PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana. - TMI.
Aku dok nampak ada penyokong PAS yang nampak sikit mengepak dengan laporan ni, macam berangan sungguh nak tengok Adun PAS jadi Menteri Besar Selangor. Suka aku nak bagitau, tak payah la nak berangan dengan benda yang hampir pasti takkan jadi.

Yang pertama, pendirian PAS dalam isu calon MB Selangor sangat-sangat jelas. Presiden PAS sendiri nampaknya langsung tak berminat. Majsli Syura pun langsung tak tunjukkan ada minat dan pendirian mesyuarat AJK PAS Pusat lebih jelas bila cuma menamakan Wan Azizah dan Azmin saja sebagai calon cadangan sebagai MB Selangor.

Yang keduanya, macam aku selalu sebut, tobat lahom la PKR nak bagi kerusi tu Menteri Besar Selangor kepada PAS. Tara calon untuk kerusi Dun dan Parlimen pun jenuh bertengkaq pun depa takmau bagi walaupun jelas sangat depa takdak kekuatan langsung, inikan pulak kerusi MB Selangor yang katanya ada dana simpanan lebih 3billion tu.

ThemalaysianInsider juga melaporkan:
Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini.

"Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya. - Ibid.
Kalaupun mungkin Anwar takmau bagi jugak kerusi MB Selangor tu kAzmin, ada belambak lagi kut Adun PKR yang boleh dijolok utuk duduk dikerusi tu.

Lagi pun tara Dr. Wan Azizah yang tak berapa nak nampak ada aura tu pun PKR boleh bersungguh-sungguh nak bagi jadi MB takkan la Adun macam Dr. Idris Ahmad depa tak boleh mekap bagi elok untuk didudukkan di kerusi MB Selangor tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...